Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 Disember 2014


Harga emas melonjak semula secara mendadak semalam kerana harga yang rendah mendorong belian baharu serta Moody's menurunkan penatarafan Jepun.

Kontrak bulan semasa emas melonjak semula ke paras AS$1,182.70 seauns dan naik satu peratus kepada AS$1,179 seauns pada 1040 GMT.

Harga kontrak pasaran hadapan emas AS bagi penghantaran Disember naik AS$2 seauns kepada AS$1,177.50.

Berita bahawa agensi penatarafan global, Moody's menurunkan penatarafan kredit Jepun, mendorong yen Jepun jatuh ke paras terendah dalam tempoh tujuh tahun berbanding euro, sekali gus merangsang permintaan logam berharga itu, kata peniaga.

"Pasaran memberi tumpuan kepada pungutan suara Swiss dan reaksi terhadap perkara itu agak berlebihan ke arah penurunan," kata Ketua Logam Berharga di Bank of Nova Scotia, Simon Weeks.

Emas mendapat sokongan daripada pasaran fizikal, namun di India harga logam berharga itu jatuh kerana langkah mengehadkan import.

Di China, premium kekal kukuh sekitar AS$1 hingga AS$2, sekali gus mencerminkan minat belian yang kukuh.

Perak naik 2.7 peratus kepada AS$15.83 seauns, sementara pasaran hadapan perak AS jatuh sehingga sembilan peratus.

Kontrak semasa platinum naik 0.6 peratus kepada AS$1,203.70 seauns manakala palladium jatuh 0.4 peratus kepada AS$801.90 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi sejajar peningkatan di pasaran hadapan emas New York Commodity Exchange.

Pada penutup, kontrak November 2014 naik tiga mata kepada RM129 segram, Januari 2015 naik 15 mata kepada RM129.25 segram manakala kontrak Febuari 2015 dan Mac 2015 tidak berubah dengan masing-masing berada pada paras RM129.55 dan RM129.95 segram.

Kepentingan terbuka jatuh kepada 2,084 kontrak berbanding 2,148 kontrak pada Jumaat lalu sementara jumlah dagangan harian meningkat kepada 229 lot bernilai RM2.96 juta berbanding 218 lot bernilai RM2.82 juta.

Pada jam 5 petang, harga emas fizikal jatuh 42 sen kepada RM124.18 segram berbanding RM124.60 segram pada Jumaat.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment