Harga emas jatuh lebih dua peratus ke paras terendahnya dalam tempoh dua minggu pada Jumaat sementara perak juga jatuh berikutan kejatuhan harga minyak dan pengukuhan dolar AS.
kontrak semasa emas jatuh 1.9 peratus kepada AS$1,168.56 seauns, selepas mencecah paras serendah AS$1,165.04.
Harga kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Disember ditutup AS$21.40 seauns lebih rendah kepada AS$1,175.20, tetapi kontrak November ditutup sedikit tinggi.
Harga perak jatuh 4.3 peratus kepada AS$12.52 seauns selepas jatuh sehingga lima peratus sementara kontrak semasa platinum jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,201.70 seauns.
"Kontrak semasa palladium bagaimanapun meningkat 0.5 peratus kepada AS$808 seauns. Ia meningkat berikutan kebimbangan terhadap gangguan bekalan dari Russia," kata Streible of RJO Futures.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan didagangkan tinggi minggu ini dengan belian semasa harga rendah dan untuk menampung kekurangan, kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, berkata pelabur memantau perkembangan referendum bagi pegangan emas bank pusat Switzerland.
"Momentum belian akan kembali sekiranya Swiss National Bank menambah pegangan emasnya kepada 20 peratus daripada rizab tukaran asingnya," katanya.
Pasaran niaga hadapan emas didagangkan bercampur-campur sepanjang minggu lalu.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, November 2014 naik 13 mata kepada RM128.80 segram dan Disember 2014 menambah enam mata kepada RM128.85 segram. Januari 2015 dan Febuari 2015 naik lima mata, masing-masing kepada RM129.10 dan RM129.40 segram.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 652 lot bernilai RM8.847 juta daripada 1,247 lot bernilai RM16.162 juta yang diniagakan minggu sebelumnya.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment