Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Barang Janda Palsu!


Kuala Lumpur - Berikutan penipuan emas semakin menjadi-jadi sekarang, orang ramai diminta berhati-hati apabila didekati seseorang yang menawarkan menebus emas di pajak gadai Islam atau Ar-Rahn dengan harga rendah.

Mereka yang menjadi mangsa mudah terpedaya dengan tipu helah si penipu yang mampu memajak emas palsu di pajak gadai Islam itu sebelum meminta mangsa memberi sejumlah wang untuk menebusnya.

Itu didedahkan seorang peniaga emas terpakai yang kerugian RM50,000 selepas diperdaya seorang janda dalam urus niaga jual beli barang kemas di antara mereka, Jumaat lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hisham, 30, berkata, wanita berusia 46 tahun itu disifatkannya amat licik kerana bukan saja menipunya, tapi turut memperdaya empat premis Ar-Rahn berasingan di sekitar Lembah Klang.

"Apa menghairankan saya bagaimana wanita itu mampu memajakkan barang kemas palsu di empat premis Ar-Rahn terbabit dan menerima RM10,000 daripada setiap premis," katanya, semalam.

Mohd Hisham mengenali suspek menerusi seorang rakan perniagaannya yang memaklumkan wanita itu ingin menjual barang kemas dalam jumlah agak banyak iaitu 10 gelang tangan  dan tiga cincin pelbagai bentuk.

"Saya berjumpa wanita itu di sebuah kedai Ar-Rahn di Ampang dan hasil perbincangan, dia memberitahu barang kemas yang ingin dijualnya dipajak di kedai itu, selain tiga lagi kedai Ar-Rahn di Cheras, Gombak dan Batang Kali, Selangor," katanya.

Beliau berkata, wanita itu menunjukkan semua dokumen gadaian yang dibuatnya di empat premis Ar-Rahn yang disebutnya, selain memaklumkan harga pasaran keseluruhan barang kemas itu tidak kurang RM100,000.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu memberitahu dia amat terdesak mendapatkan wang dan memintanya membayar RM50,000.

"RM40,000 ialah harga menebus semula semua barang kemas itu manakala bakinya adalah caj simpan kepada Ar-Rahn serta sedikit 'keuntungan' kepadanya," katanya.

Mohd Hisham berkata, dia bersetuju dengan tawaran wanita itu kerana menyangka bakal mendapat keuntungan besar dan dia juga yakin semua emas berkenaan tulen kerana sudah diterima kedai Ar-Rahn untuk dipajak.

"Dalam fikiran saya, kalau emas itu palsu tidak mungkin Ar-Rahn menerimanya untuk dipajak. Sebab itulah saya hanya membuat pemeriksaan ringkas saja ke atas semua barang kemas berkenaan ketika mahu menebusnya di keempat-empat kedai Ar-Rahn itu," katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd Hisham, dia menyedari ditipu sebaik menunjukkan emas itu kepada rakannya yang juga pakar dalam menilai dan memeriksa emas.

Menurutnya, rakannya itu mengesahkan semua barang kemas itu palsu selepas melakukan ujian asid ke atasnya.

"Saya tidak menyangka ditipu wanita itu kerana perwatakan dan cara dia berurusan dengan saya tidak menampakkan dia penjenayah," katanya yang membuat laporan polis di empat lokasi di mana dia ditipu.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Sebelum ini Harian Metro, melaporkan seorang pemilik kedai emas di Sri Selayang kerugian RM3,400 selepas ditipu suspek lelaki yang menjual emas palsu didakwa milik keluarganya dalam kejadian 11 November lalu.

Suspek bersama dua lagi rakannya diberkas polis selepas pemilik kedai emas berkenaan menghidu taktik seorang lagi rakan suspek yang turut cuba menjual emas palsu.

Sumber : Harian Metro (20/11/2014)
Oleh : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment