"Sindiket palsu MyKad, cek peniaga buat pengeluaran RM60,000"
Kuala Lumpur - Satu sindiket penipuan terancang dikesan mempunyai kepakaran memalsukan MyKad dan cek milik mangsa sebelum membuat pengeluaran wang haram berjumlah puluhan ribu ringgit.
Suspek dikesan terlebih dahulu menggantikan kad sim telefon bimbit milik mangsa di syarikat telekomunikasi bagi memastikan penipuan itu tidak dikesan pihak bank dan mangsa.
Dalam kejadian terbaru, seorang ahli perniagaan wanita terkejut apabila mendapati duit miliknya sebanyak RM60,000 yang disimpan di dalam akaun bank lesap begitu sahaja.
Mangsa yang dikenali sebagai Chan, 35, berkata kejadian berlaku pada 9 September lalu apabila dia mendapati talian telefon bimbit miliknya tidak berfungsi sepanjang hari.
"Saya kemudian pergi ke syarikat telekomunikasi sebelum mereka memberitahu bahawa satu kad sim pengganti sudah diberikan kepada saya melalui seorang lelaki.
"Lelaki terbabit dikatakan mempunyai surat kebenaran yang ditandatangani oleh saya sendiri termasuk MyKad saya," katanya.
Dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati salinan MyKad palsu digunakan suspek tertera nama, nombor dan alamat yang sama dengan MyKad miliknya.
"Saya kemudiannya membuat pemeriksaan di bank dan terkejut apabila mendapati wang RM60,000 di dalam akaun lesap," katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Melalui semakan dengan pihak bank, wang itu dikeluarkan suspek menggunakan enam cek palsu.
"Saya tambah keliru bagaimana lima cek yang digunakan suspek mempunyai nombor siri berlainan dan tidak selari dengan buku cek yang diterimanya daripada pihak bank.
"Pihak bank mendakwa ada menghubungi telefon bimbit saya sebelum meluluskan semua cek itu. Saya didakwa menjawab panggilan itu sedangkan penjenayah menyamar sebagai saya," katanya.
Chan tambah kecewa apabila pihak bank enggan bertanggungjawab dan menggesanya supaya membayar 50 peratus daripada kerugian ini.
Dia yakin wujud sindiket dikendalikan 'orang dalam' syarikat perbankan itu kerana segala maklumatnya boleh diperolehi dengan mudah termasuk nombor siri buku cek diguinakan.
peguam mewakili mangsa, Alex Kok berkata, mereka kan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak bank berkenaan kerana gagal menyimpan rekod sulit pelanggan hingga boleh dicuri penjenayah.
Katanya, permintaan pihak bank itu supaya mereka menbayar separuh daripada kerugian turut tidak masuk akal kerana insiden berkenaan bukan salah anak guamnya itu.
"Pihak bank sepatutnya bertindak adil. Mereka sepatutnya menjaga maklumat sulit pelanggannya dan tidak sewenang-wenangnya meluluskan pembayaran tanpa memeriksa ketulenan cek yang diterima mereka," katanya.
Sumber : Harian Metro (20/11/2014)
Oleh : Fardy Bungga
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment