Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Hampir Licin Barang Kemas Dikebas


Melaka - Pemilik kedai emas di Jalan Bunga Raya, di sini, kerugian lebih RM100,000 apabila premis itu dipecah masuk antara jam 5 petang kelmarin hingga 8 pagi semalam.

Kejadian disedari pemilik berusia lingkungan 40-an apa bila melihat peti besi diumpil dan pelbagai barang kemas di dalamnya hilang sebaik membuka premis berkenaan kira-kira 8.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, siasatan awal polis melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati ia dilakukan lebih daripada seorang suspek.

"Rakaman cctv masih diteliti dan rompakan ini dipercayai dilakukan secara berkumpulan.

"Mereka dipercayai memasuki premis melalui bumbung sebelum melarikan barang kemas di laluan yang sama," katanya di sini semalam.

Menurutnya, polis turut menjalankan sisasatn di beberapa premis bersebelahan untuk mendapatkan maklumat mengenai modus operandi penjenayah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal, Unit Forensik menemui beberapa bukti dan petunjuk.

"Kami menemui petunjuk di beberapa lokasi biarpun penjenayah meninggalkan tempat ini berselerak apabila bekas barang kemas dicampak merata-rata.

"Tiada wang tunai dilaporkan hilang, namun barang kemas yang ada dalam premis ini hampir 100 peratus dirompak," katanya.

Shaikh Abdul Adzis berkata, pihaknya melancarkan operasi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 456 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan pemilik premis kedai emas agar meningkatkan sistem keselamatan masing-masing.

Sumber : Harian Metro (20/11/2014)
Oleh : Mohd Helmie Hussin


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment