Harga emas melonjak 1.5 peratus kepada paras tertinggi tempoh dua setengah minggu ke paras melebihi AS$1,200 seauns semalam kerana dolar AS lemah berbanding euro.
Kontrak semasa emas, meningkat 1.4 peratus kepada AS$1,201.40 seauns pada 1110 GMT selepas mencecah paras tertingginya sejak 30 Oktober lalu pada paras AS$1,204.70.
Harga emas pasaran hadapan AS juga meningkat menghampiri paras tertinggi sejak tiga minggu pada paras AS$1,204.10.
Logam berharga itu melonjak semula sebanyak 6.4 peratus daripada paras terendah dalam tempoh 4 1/2 tahun sebanyak AS$1,131.85 yang dicatatkannya pada 7 November lalu.
"Kita sedang menyaksikan peningkatan pembetulan, tetapi ia dilihat seperti sudah meningkat lebih banyak daripada paras rendah AS$1,130 beberapa minggu lalu," kata penganalisis Societe Generale, Robin Bhar.
"Emas mendapat manfaat daripada kelemahan dolar AS tetapi faktor kelemahan masih menunjukkan arah peningkatan dolar AS, pengukuhan ekonomi, langkah Fed AS dan jangkaan inflasi yang rendah belum lagi reda," katanya.
Dolar AS jatuh 0.4 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, berikutan pengukuhan euro selepas kaji selidik ZEW menunjukkan sentimen ekonomi Jerman meningkat pada November buat pertama kali dalam tempoh hampir setahun.
Di China, harga emas di negara itu kukuh dengan premium AS$2-AS$3 seauns kerana belian meningkat.
Di kalangan logam berharga lain, platinum naik 1.1 peratus kepada AS$1,207.25 seauns sementara palladium meningkat 0.3 peratus kepada AS$768.90 seauns manakala perak naik 1.5 peratus kepada AS$16.34 seauns.
Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif ditutup tinggi semalam dipengaruhi kenaikan pasaran ekuiti tempatan.
Ketika ditutup, November 2014 dan Januari 2015 masing-masing naik 40 mata kepada RM129.70 dan RM130.40 segram, manakala Disember 2014 menokok 38 mata kepada RM130.10 segram dan Febuari 2015 bertambah 44 mata kepada RM130.70 segram.
Kepentingan terbuka jatuh kepada 2,178 kontrak daripada 2,277 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan bertambah kepada 317 lot bernilai RM4.13 juta daripada 315 lot bernilai RM4.05 juta kelmarin.
Setakat 5 petang, harga fizikal emas RM1.30 lebih tinggi daripada RM124.93 segram daripada RM123.63 segram kelmarin.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment