Emas diniagakan hampir paras dua minggu tinggi pada Isnin selepas saham global susut ekoran data menunjukkan ekonomi Jepun mengalami kemelesetan, sekali gus meningkatkan kebimbangan berhubung pertumbuhan global.
Namun, pengukuhan dalam dolar menyaksikan kenaikan logam berharga itu dalam semakan.
Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,188 seauns pada 1049 GMT selepas mencapai AS$1,193.95, paras tertinggi sejak 31 Oktober.
Logam itu melonjak 2.3 peratus pada Jumaat, bergerak melepasi paras teknikal utama iaitu AS$1,180.
Pelaburan selamat itu susut kepada paras terendah 4 1/2 tahun iaitu AS$1,131.85 seauns minggu lalu ekoran pengukuhan dolar.
Lonjakan pada Jumaat melegakan pelabur dan asas permintaan serta penawaran dalaman emas sebenarnya kelihatan amat kukuh.
"Namun, kepada kebanyakan pelabur ia adalah penting sementara faktor menguncup luaran seperti pengukuhan dolar kekal menjadi sesuatu yang amat berat," kata penganalisis Macquarie, Matthew Turner.
Dolar meningkat 0.3 peratus berbanding kebanyakan mata wangdengan dibantu kejatuhan yen kepada paras tujuh tahun rendah susulan data luar jangkaan menunjukkan skonomi Jepun mengalami kemelesetan.
Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menokok lebih tiga peratus semalam sejajar keuntungan di Bursa Komoditi New York (COMEX), kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin, berkata ketidaktentuan ekonomi Jepun yang kini meleset, turut mempengaruhi ekuiti Malaysia ditutup rendah semalam.
"Ini menyebabkan pelabur bimbang dan mencetuskan permintaan terhadap emas," katanya.
Menurut Ahmad Danial, sentimen itu turut dipacu dengan data pekerjaan AS yang lebih baik, kejatuhan harga minyak mentah dan dolar AS yang terus kukuh biarpun agak lemah pada sesi dagangan semalam.
Katanya, permintaan terhadap emas boleh terjejas jika minat dari China dan India yang juga pengguna terbesar logam berharga itu, bertukar lemah.
Ketika ditutup, November 2014, Disember 2014, Januari 2015 dan Febuari 2015 masing-masing melonjak 72 mata kepada RM127.70, RM128.20, RM128.50 dan RM128.80 segram
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment