Berat dan rupa fizikal tidak ubah seperti emas tulen. Itu adalah taktik digunakan penjenayah untuk memperdayakan peniaga barang kemas dengan menjual emas palsu kepada mangsa.
Penjenayah menggunakan taktik kononnya emas 'tulen' itu harta pusaka yang mahu digadaikan atau dijual bagi mendapatkan wang tunai.
Bagaimanapun, mangsa dalam kalangan pemilik kedai barangan emas hanya menyedari ditipu selepas membuat pemeriksaan teliti kali kedua.
Dalam kejadian terbaru, seorang peniaga barangan kemas berputih mata selepas ditipu seorang penggangur yang cuba menggadai rantai emas didakwa harta pusaka keluarganya, Selasa lalu.
Sumber polis berkata, kejadian membabitkan mangsa yang membuka premis barang kemas di Taman Sri Selayang, di sini.
"Suspek pada mulanya datang berjumpa mangsa dengan mendakwa mahu menggadaikan rantai emas milik keluarganya.
"Mangsa yang yakin rantai itu emas tulen kemudian membuat pembayaran kepada suspek sebanyak RM3,400," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian menyedari diperdaya suspek selepas memeriksa rantai emas sekali lagi dan mendapati ia logam palsu.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas ditipu suspek, mangsa sekali lagi didatangi seorang lelaki yang juga mahu menjual seutas rantai emas.
"Mangsa kemudian pergi ke belakang premis dan membuat pemeriksaan secara teliti terhadap rantai emas diberikan itu. Mangsa mendapati rantai emas itu palsu sebelum membuat laporan kepada polis.
"Polis kemudian memberkas suspek terbabit sebelum menahan dua lagi rakannya di Sentul dan Setapak di sini, katanya.
Sumber : Harian Metro (18 November 2014)
Tulisan : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment