London - Jam tangan eksklusif ini terkenal sebagai yang paling mahal di dunia, tetapi dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.
Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani pemilik jam paling mahal bernilai RM79 juta, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya minggu lalu.
Bilionair berusia 48 tahun itu yang terkenal sebagai pengumpul hasil seni terbesar di dunia, ingin menjual jam itu dan bersedia untuk melelongnya.
Namun, dia meninggal dunia akibat serangan jantung dua hari sebelum jam itu dilelong.
Jam tangan yang dihasilkan oleh Patek Phillipe pada 1933 sering dikatakan membawa malang kepada pemiliknya.
Ia bermula sejak pemilik pertamanya Henry Graves meminta pembuat jam terkenal Patek Phillipe untuk menghasilkan jam paling rumit di dunia ketika itu pada tahun 1925.
Tujuh bulan selepas Graves memperoleh jam tangan itu, rakan baiknya meninggal dunia dan tidak berapa lama kemudian, anak lelakinya pula mati dalam kemalangan jalan raya.
Jam itu berpindah milik kepada Sheikh Saud, kerabat diraja Qatar, apabila dia membelinya dengan harga AS$11 juta (RM37 juta).
Minggu lalu, jam itu dibeli di Geneva oleh seorang yang namanya tidak didedahkan dengan harga 23 juta euro (RM97 juta), dua hari selepas Sheikh Saud meninggal dunia.
Pakar horologi Switzerland membuat kajian selama tiga tahun dan menghabiskan kima tahun lagi untuk menyiapkan jam berkenaan pada 1933.
Keluarga Graves memegang gelaran pemilik jam paling rumit itu selama 56 tahun.
Sebelum ini, jam itu dilelong pada 1999 dengan nilai AS$11 juta (RM37 juta) dan mempunyai harga rizab AS$15.6 juta (RM52 juta) dalam pasaran semasa.
Sheikh Saud yang juga bekas menteri kebudayaan dan warisan di Qatar membeli jam berkenaan pada acara lelongan itu.
Minggu lalu, dia menyerahkan kepada Sotheby untuk melelongnya bagi membentunya menjelaskan hutangnya, tetapi dia tidak sempat untuk mengetahui harga yang dilelong itu.
Sumber : Harian Metro ( 18 November 2014 )
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment