Putrajaya - Malaysia sedang melalui penilaian ketiga dalam tempoh kurang 10 tahun oleh Kumpulan Asia Pasifik Mengenai Pengubahan Wang Haram.
Kumpulan tujuh anggota yang diketuai Australia itu akan menyemak kaedah Malaysia, sama ada di sektor swasta atau kerajaan, mengenai sistem menangani pengubahan wang haram dan undang-undang bagi mengekang penyaluran dana bagi kegiatan pengganas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata penilaian dan pengiktirafan badan berkenaan penting kerana laporannya mampu menarik lebih ramai pelabur asing berikutan pendedahan mengenai pendirian negara berhubung isu rasuah dan keganasan.
"SPRM dijangka melalui penilaian hari ini (Selasa). Kita perlu menjalaninya sebagai anggota kumpulan Asia Pasifik di mana SPRM diisyaratkan menjalani penilaian berkala, lazimnya sekali setiap lima hingga lapan tahun, katanya di sini, semalam.
Malaysia menganggotai Kumpulan Asia Pasifik Mengenai Pengubahan Wang Haram pada tahun 2000 dan sudah menjalani penilaian sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada tahun 2000 dan 2007 dan buat kali ketiga sekarang.
Laporan keluar Julai 2015
"Penilaian bermula minggu ini dan panel terbabit akan meneliti pelbagai jabatan termasuk di sektor swasta, manakala laporan mengenainya akan dikeluarkan Julai tahun depan," katanya.
Beliau berkata laporan berkenaan adalah penting kerana syarikat asing kerap memetik dan merujuk kepadanya sebelum melakukan pelaburan di negara tertentu.
Kumpulan Asia Pasifik Mengenai Pengubahan Wang Haram, yang mempunyai 41 anggota, selain beberapa pemerhati peringkat serantau dan antarabangsa.
Ia adalah sebuah pertubuhan kerjasama bebas peringkat antarabangsa yang diasaskan pada tahun 1997.
Anggota dan pemerhati yang bernaung di bawah komited memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang berkesan berdasarkan standard piawaian antarabangsa bagi membanteras pengubahan wang haram dan kegiatan membiayai kegiatan pengganas.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment