Dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu ini berikutan permintaan yang rendah, kata peniaga.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata harga emas dijangka terus tertekan ekoran data pekerjaan AS semakin baik, selain dolar AS yang lebih kukuh dan penurunan harga minyak mentah.
Beliau berkata, data pekerjaan AS semakin baik mengurangkan minat ke atas emas sebagai lindung nilai terhadap ekonomi yang tidak menentu dan pada masa yang sama, dolar yang lebih kukuh menjadikan logam berharga dinominasi dolar itu lebih mahal untuk pelabur mata wang lain.
"Kejatuhan harga minyak juga menjejaskan terus permintaan ke atas emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi," katanya kepada Bernama.
Namun beliau berkata, zon euro menyaksikan deflasi sebagai ancaman besar berbanding inflasi di kawasan euro tahun depan, dan menjangkakan kebimbangan pelabur akan beralih kepada risiko deflasi dan terus menekan harga emas.
Dalam negara, dagangan di pasaran emas tempatan tidak banyak bergerak di sepanjang minggu.
Berdasarkan perbandingan mingguan, November 2014 meningkat 14 mata kepada RM124.10 segram manakala Disember 2014, Januari 2015 dan Febuari 2015 masing-masing meningkat 20 mata kepada RM124.60, RM124.90 dan RM125.20 segram.
Jumlah dagangan berkurang kepada 1,130 lot bernilai RM14.10 juta berbanding 1,327 lot bernilai RM15.79 juta yang diniagakan minggu lalu.
Kepentingan terbuka pada Jumaat berkurang kepada 2,023 kontrak berbanding 2,099 kontrak pada Jumaat sebelumnya.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment