Emas diniagakan stabil semalam berikutan pelabur menanti data ekonomi bagi mendapatkan petunjuk tetapi sentimen kekal rapuh berikutan keyakinan pemulihan ekonomi dan pengukuhan dolar pula mengurangkan daya tarikan jongkong emas sebagai pelindung nilai.
Aliran keluar yang semakin banyak daripada dana tukaran dagangan bersandarkan emas menunjukkan pelabur menjangkakan kejatuhan lanjut harga berikutan, dolar kekal menghampiri paras tertinggi empat minggu.
Emas semerta mendatar pada AS$1,161.32 seauns pada 0344 GMT, selepas susut 0.3 peratus pada sesi dagangan sebelumnya.
Logam itu menyaksikan penjualan ketara sejak 31 Oktober, jatuh ke paras teknikal AS$1,180 dan jatuh ke paras terendah empat setengah tahun kepada AS$1,131.85.
Ia pulih sederhana sejak itu.
"Saya berpendapat pasaran akan mengukuh pada paras ini, ia mungkin naik sedikit lagi tetapi tidak terlalu tinggi," kata peniaga di Shanghai.
"Sokongan pada AS$1,180 menjadi paras rintangan utama. Data ekonomi pula tiada, tetapi data AS hari ini mungkin dapat mencetuskan sesuatu."
Data pengangguran mingguan AS dijangka memberi petunjuk berhubung kekukuhan ekonomi.
Pemulihan akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah.
Kadar faedah lebih tinggi akan memberikan kesan negatif kepada emas dan menaikkan nilai dolar.
Jongkong emas, dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset berisiko semasa ketidaktentuan ekonomi, akan jatuh apabila dolar dan saham kukuh.
pegangan SPDR Gold Trust jatuh 0.25 peratus kepada 722.67 tan semalam, kejatuhan tujuh hari berturut-turut.
Pegangan itu adalah yang terendah dalam enam tahun.
ETF dilihat sebagai bayangan terbaik sentimen pasaran disebabkan saiznya yang besar.
Peniaga jongkong emas turut memantau harga pasaran minyak.
Minyak mentah diniagakan sekitar AS$80 setong, menghampiri paras terendah sejak 2010, selepas OPEC berkata permintaan minyaknya akan jatuh tahun depan dan Arab Saudi terus berdiam berhubung kemungkinan mengurangkan pengeluarannya.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment