Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 November 2014


Emas mengekalkan keuntungan semalaman pada dagangan semalam tetapi bergelut untuk mengekalkan kenaikan disebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) menghampiri paras tertinggi empat tahun dan aliran keluar dari dana emas tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan.

Pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa (ETF) bersandarkan emas terkemuka dunia, jatuh 0.12 peratus kepada 724.46 tan kelmarin, paras terendah terbaharu dalam tempoh enam tahun.

Semalam ialah hari keenam berturut-turut aliran keluar dana dan menunjukkan sentimen pelabur adalah menurun.

ETF dilihat sebagai gambaran yang baik untuk sentimen pasaran berdasarkan saiz pegangan.

"Saya melihat tidak ada sebab untuk emas mencatatkan kenaikan dengan nilai dolar dan ekuiti begitu kuat dan kenaikan kadar faedah menghampiri kaki langit," kata seorang peniaga logam berharga di Hong Kong.

"Emas adalah amat sensitif kepada pergerakan dolar-yen sekarang dan ia perlu kembali kepada aliran menurun tidak lama lagi."

Spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,168.30 seauns pada 0718 GMT, selepas meningkat 1.2 peratus pada hari Selasa ekoran nilai dolar yang lebih rendah.

Logam ini gagal untuk mencatatkan kenaikan yang menyakinkan daripada paras terendah empat setengah tahun lalu iaitu AS$1,131.85 yang dicatatkan minggu lalu dan terdapat rintangan yang kuat di sekitar AS$1,180, tahap teknikal utama yang mana emas habis dijual sejak 31 Oktober.

"Emas nampaknya terperangkap dalam julat dagangan ketat AS$1,131 - AS$1,181 dan mungkin kekal lemah," kata penganalisis HSBC, James Steel.

Bullion dilihat sebagai satu pelaburan alternatif kepada aset yang lebih berisiko seperti ekuiti semasa ketidaktentuan ekonomi.

Namun, keyakinan terhadap pemulihan ekonomi AS meningkatkan saham dan dolar.

Mata wang Amerika itu juga mendapat kelebihan sekoran nilai yen yang lebih le,ah, yang berada pada paras terendah dalam tempoh tujuh tahun berbanding dolar.

Rizab Persekutuan juga dijangka menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan disebabkan pemulihan ekonomi AS.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment