Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 November 2014


Harga emas jatuh hampir satu peratus semalam berikutan pelabur menyelaras kedudukan selepas rali pendek, dijana laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih sederhana berbanding jangkaan, selain sentimen pasaran saham terus memberi kesan kepada logam berkenaan.

Sungguhpun mencatat kenaikan tiga peratus Jumaat lalu, emas kekal berada di bawah paras AS$1,180 seauns yang berkemungkinan memberi tekanan untuk harga jatuh ke paras terendah empat setengah tahun yang dicapai minggu lalu disebabkan pengukuhan dolar dan kebimbangan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Emas menerima rangsangan selepas data pembayaran bukan perladangan AS meningkat 214,000 pada Oktober berbanding unjuran 231,000 yang mana ini memberikan kesan negatif kepada dolar dan sebaliknya menambah daya tarikan emas sebagai pelindung nilai.

Tetapi perincian lain laporan itu menunjukkan kadar pengangguran turun ke paras terendah enam tahun pada 5.8 peratus.

"Paras rintangan dilihat sekitar AS$1,180-85 manakala sokongan pada AS$1,130," kata Sam Laughlin, peniaga di MKS Group.

Emas semerta jatuh serendah 0.9 peratus kepada AS$1,168.10 sebelum pulih sedikit untuk diniagakan sekitar AS$1,170.81 pada 0724 GMT.

Ia jatuh kepada AS$1,131.85 Jumaat lalu, paras terendah sejak April 2010, sebelum pulih untuk mencatat kenaikan tertinggi harian dalam lima bulan.

Pasaran Asia meningkat semalam, manakala dolar diniagakan lebih rendah.

Kedudukan pelabur menunjukkan sentimen ke arah emas untuk kekal bearis dan berkemungkinan mencatat paras terendah baharu sebelum akhir tahun ini.

Pegangan SPDR Gold Trust susut 0.78 peratus kepada 727.15 tan pada Jumaat, paras terendah dalam enam tahun.

Kaji selidik Reuters meramalkan harga emas akan jatuh ke paras  AS$1,000 hujung tahun ini.

Faktor pengukuhan dolar menyebabkan harga emas jatuh. Faktor lain termasuk pasaran saham yang kukuh dan pengukuhan ekonomi AS.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment