Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 September 2014


Harga emas meningkat sedikit semalam berikutan minat belian teknikal dan fizikal di Asia, tetapi harga terus berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh dua bulan setengah berikutan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih cerah dan dolar mengurangkan permintaan terhadap logam itu.

Pelabur menunggu keputusan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) lewat semalam untuk melihat sama ada ia akan menghasilkan pusingan terbaharu dasar rangsangan dan kesannya terhadap euro dan dolar.

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,270.10 seauns pada 0643 GMT. Logam itu jatuh ke paras terendah AS$1,261.19 seauns pada Rabu, paling lemah sejak pertengahan bulan Jun, sebelum ditutup dengan mencatat keuntungan yang kecil.

"Terdapat beberapa belian teknikal selepas harga emas gagal mengekalkan kerugian di bawah AS$1,265.

"Kita boleh menyaksikan beberapa minat belian tegar dalam julat AS$1,260 - AS$1,270. Belian fizikal dari Asia juga menyokong," kata peniaga logam berharga itu di Hong Kong.

Emas dilihat sebagai pelaburan alternatif dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dan kewangan telah mencatat kira-kira lima peratus kenaikan pada tahun ini, di tengah suasana ketegangan di Ukraine dan Timur Tengah.

Namun, pelabur emas terus bimbang mengenai data ekonomi AS yang kukuh dan kesannya terhadap dolar.

Kebelakangan ini, rentetan menggalakkan data ekonomi AS, bersama penjualan dalam euro dan yen telah meningkatkan nilai dolar.

Nilai dolar AS yang lebih kukuh menjejaskan harga emas yang bersandarkan dolar kerana ia menjadikan logam itu lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa terbesar di dunia disokong emas dan pengukur terbaik untuk sentimen pelabur berkata, pegangannya susut 2.69 tan kepada 790.51 tan kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment