Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 September 2014


Harga emas kembali pulih semalam daripada berada pada paras rendah sejak tiga bulan lalu berikutan pemotongan kadar daripada perhimpunan saham yang dicetuskan Bank Pusat Eropah (ECB).

Logam berharga itu berada di paras lemah sejak pertengahan Jun lalu iaitu AS$1,256.90 seauns pada Jumaat dan dijangka kekal sepanjang minggu dalam menghadapi tekanan kenaikan ekuiti dan tanda ekonomi AS yang semakin baik.

Spot emas meningkat 0.3 peratus pada AS$1,264.54 seauns pada 1139 GMT, manakala niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember jatuh AS$1 seauns pada AS$1,265.50.

Penganalisis menjangkakan senarai data gaji bukan pekerja ladang AS pada 1230 GMT bagi menunjukkan kadar pekerjaan yang berkurangan pada Ogos dengan peningkatan sebanyak 225,000 pekerjaan.

"Jika memiliki data kukuh pada tengah hari ini (semalam), kita mempunyai langkah permulaan dolar yang baik dan logam berharga akan terjual," kata Penganalisis ABN Amro, Geogette Boele.

Saham eropah jatuh 0.7 peratus, selepas kenaikan mendadak pada sebelumnya didorong pemotongan kadar faedah daripada ECB yang mana turut melancarkan langkah baru bagi menyokong ekonomi zon euro.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif rendah pada tengah hari dengan tiga bulan kontrak diniagakan.

September 2014 susut tujuh mata kepada RM129.65 segram manakala Oktober 2014 dan November 2014 turun lapan mata, masing-masing kepada RM130.00 dan RM130.20 segram.

Jumlah dagangan berjumlah 391 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 3,933 kontrak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment