Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Nenek Rugi RM50,000 Ditipu Kekasih Facebook


Kuala Lumpur : Akibat kesepian selepas kehilangan suami yang meninggal dunia 15 tahun lalu, seorang nenek berusia 61 tahun tidak menyangkakan perkenalannya dengan seorang usahawan perkapalan melalui laman Facebook menyebabkannya mengalami kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki itu.

Anak mangsa curiga
Mangsa yang tinggal di Brunei dikatakan berkenalan dengan lelaki yang menggunakan nama Harry Ibrahim kononnya berasal dari United kingdom dan mempunyai syarikat perkapalan di jerman, sejak awal Jun lalu dan perubahan sikapnya yang terlalu percayakan lelaki terbabit sehingga sanggup meminjamkan wang RM50,000, mengundang curiga tiga anak mangsa yang kemudian membuat laporan polis di negaranya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene, berkata susulan dari laporan polis itu, Polis Diraja Brunei meminta bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan lelaki berkenaan yang dipercayai ahli sindiket penipuan internet didalangi warga Nigeria yang beroperasi di negara ini.

"Mangsa juga sanggup datang ke negara ini untuk menyerahkan wang sebanyak RM30,000 kepada Harry Ibrahim dua minggu lalu, namun gagal menemui lelaki terbabit.

"Hasil siasatan polis mengesan kedudukan suspek dan pada 21 Ogos lalu dan Harry Ibrahim berjaya ditahan bersama dua rakannya di sebuah rumah di mantin, Negeri Sembilan.

Warga Nigeria
"Siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga mereka yang berasal dari Nigeria masuk ke negeri ini menggunakan pas pelajar sebuah kolej swasta di situ," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kes terbabit dianggap selesai namun pihaknya kesal kerana masih ramai yang mudah percaya dengan cinta internet hingga menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian mencecah puluhan juta ringgit walaupun perkara ini kerap didedahkan di media.

Mortadza berkata, dari Januari hingga Ogos lalu, sebanyak 655 kes dicatatkan membabitkan kerugian RM32.6 juta.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerana jumlah kerugian pada tahun ini menunjukkan peningkatan tinggi berbanding hanya RM35.7 juta sepanjang tahun 2013 dengan 1,095 mangsa," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment