Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 September 2014


Harga emas jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh dua setengah bulan semalam, melepasi paras sokongan utama pada paras terendah Ogos disebabkan pasaran saham meningkat dan dolar mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahunberbanding euro menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah minggu ini.

Logam itu telah didorong oleh kebimbangan mengenai pendirian terhadap krisis antara Russia dan Barat berhubung Ukraine dan pergolakan berterusan di Asia Barat, tetapi kekuatan dalam saham dan dolar, ditambah permintaan fizikal yang lemah dari China dan India, telah mengimbangi keadaan itu.

"Emas telah bergelut untuk beberapa waktu, mengimbangi isu-isu geopolitik berbanding pasaran saham yang sentiasa tinggi," kata Simon Weeks, Ketua Logam Berharga di Bank of Nova Scotia.

"Jelas sekali, ramai orang sudah mempunyai persiapan lindung nilai terhadap senario geopolitik, fizikal (permintaan) tidak kelihatan sangat baik, China dan India hanya tidak mencatatkan prestasi seperti yang orang ramai jengkakan dan ancaman kadar faedah yang lebih tinggi adalah lebih cenderung untuk menggalakkan pengeluar untuk menjadi penjual semula.

Spot emas turun 1.2 peratus kepada AS$1,271.31 seauns pada 1052 GMT, selepas sebelum ini mencatat paras terendah sejak pertengahan Jun pada AS$1,268.20 seauns.

Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Disember susut AS$15.40 kepada AS$1,272.00 seauns.

Jualan meningkat selepas logam itu melepasi paras sokongan pada AS$1,273.06 seauns, paras terendahnya pada 21 Ogos.

Saham Eropah meningkat 0.3 peratus semalam kerana pelabur menunggu keputusan dasar Bank Pusat Eropah (ECB) minggu ini sebelum mengejar saham yang lebih tinggi.

Pasaran saham baru-baru ini telah melonjak berikutan komen meyakinkan oleh Presiden ECB, Mario Draghi, yang mencetuskan jangkaan bahawa bank pusat sedang bersedia untuk mengepam lebih banyak mudah tunai ke dalam sistem, mungkin melalui pembelian kerajaan atau bon korporat menerusi langkah yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment