Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 September 2014


Dagangan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu ini kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Abd Rahim.

Beliau berkata semua komiditi dan logam berdepan kesukaran, bagaimanapaun, ketegangan geopolitik akan menghadkan penurunan.

Bagi asas mingguan, Ogos 2014 naik dua mata kepada RM130.70 segram, September 2014 meningkat 3 mata kepada RM130.70 segram, Oktober 2014 menokok empat mata kepada RM130.95 segram manakala November 2014 menambah tujuh mata kepada RM131.40 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,988 lot bernilai RM26.02 juta daripada 1,959 lot bernilai RM26.41 juta pada minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berjumlah 6,159 kontrak benbanding 5,384 kontrak sebelumnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment