Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Akaun urus transaksi bernilai RM10 juta



"Perniagaan berstatus Enterprise langgar peraturan SSM, kini daftar sebagai koperasi"

Kuala Lumpur : Perniagaan berstatus Enterprise yang menganjurkan skim pelaburan asas tani berpangkalan di Jerantut, Pahang, dikesan menguruskan transaksi mencapai RM10 juta, susulan penyertaan pelabur dari seluruh negara.

Transaksi terbabit dikesan penyiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas menyemak akaun yang digunakan dalam perniagaan terbabit serta urus niaga pelaburan yang dikendalikannya secara haram selama ini.

Sumber berkata, pelaburan yang dikendalikan lelaki terbabit menerusi perniagaan berkenaan, diklafikasikan sebagai berprofil tinggi, kerana membabitkan transaksi kewangan yang besar dengan jumlah pelabur yang ramai.

Siasat akaun pelaburan
“Siasatan masih berjalan kerana beberapa akaun lagi perlu disemak. Siasatan sudah memasuki fasa akhir membabitkan pelbagai agensi, bagi memastikan pelaburan orang ramai tidak hilang begitu sahaja," katanya ketika mengulas pendedahan BH, semalam.  

Semalam, BH membongkar kegiatan pemilik sebuah perniagaan berstatus Enterprise yang menawarkan pelaburan skim asas tani bernilai antara RM60 hingga RM750 untuk satu lot, dengan jaminan pulangan faedah atau hibah antara 18 hingga 30 peratus sebulan.  

Janji faedah itu mendorong lebih 3,000 pelabur yang terpengaruh, melabur antara RM60 hingga RM120,000 seorang. Ramai terpengaruh untuk melabur kerana pemilik perniagaan itu mendakwa ia berdaftar dengan SSM.  

Semakan BH mendapati, pendaftaran perniagaan dengan SSM, hanyalah prosedur biasa bagi membolehkan sesuatu perniagaan itu beroperasi tetapi ia bukan lesen untuk pemiliknya menjalankan kegiatan membabitkan pelaburan wang kepada orang ramai. 

Mengulas pelaburan ditawarkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner, berkata pemilik perniagaan asas tani terbabit, melakukan kesalahan kerana mengutip pelaburan daripada orang ramai.  

Beliau berkata, semakan SSM mendapati pemilikya mendaftar sebagai perniagaan tunggal yang didaftarkan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.  

“SSM hanya membenarkan syarikat awam berstatus Berhad sahaja, menawarkan skim berkepentingan, itu pun sekiranya mendapat kebenaran selepas mematuhi semua syarat perundangan berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, termasuk mengemukakan prospektus berhubung skim ditawarkan kepada orang awam.  

“Dalam kes ini, adalah jelas perniagaan milikan tunggal ini menawarkan skim cepat kaya. Orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu kesahihan pelaburan ditawarkan.  

“Orang ramai dinasihatkan tidak terburu-buru melabur dalam skim yang pulangan tinggi dan tidak munasabah dalam jangka masa pendek. SSM memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.  

Daftar sebagai koperasi  
Sementara itu, semakan BH dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan, pemilik perniagaan terbabit yang sudah mendaftar nama sebagai koperasi tetapi meletakkan fokusnya kepada pasar raya dan pasar mini.  

Koperasi itu didaftarkan atas tiga nama, termasuk seorang daripadanya adalah pemilik perniagaan yang mendalangi penawaran skim pelaburan asas tani terbabit.  

Namun, agak mengelirukan kerana tiada langsung pertanian dinyatakan sebagai fokus koperasi terbabit, sedangkan penubuhannya juga menjadi sebahagian kempen dalam kalangan pelabur skim kendalian perniagaan itu selama ini.  

Tinjauan BH dalam kalangan pelabur skim terbabit, mendapati masing-masing kini berbelah bahagi mengenai status perniagaan yang mengendalikan pelaburan haram itu.  

Namun, kebanyakan pelabur masih bersabar kerana pemilik pelaburan menerusi pengendali aplikasi sembang, meyakini mereka kononnya masing-masing akan menerima modal balik bersama hibah sebanyak 50 peratus, mulai Ogos sehingga Oktober ini.  

Hibah itu dijanjikan kerana skim pelaburan berkenaan, dipercayai dalam usaha mengelak tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.  

Sumber : Berita Harian (17/07/2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
PIPHIJAU - GST MASTERPIECE --> bit.ly/PiphijauDungun
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment