Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Pelabur Resah Hibah Tak Kunjung Tiba



"Janji manis pemilik pelaburan asas tani perdaya jutaan ringgit duit peserta"

Kuala Lumpur : Sijil pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dijadikan lesen oleh sebuah perniagaan berstatus enterprise dari Pahang, untuk memperdayakan ribuan peserta dari seluruh negara hingga berhasil mengumpul jutaan ringgit sejak setahun lalu.

Peserta skim terbabit terdiri daripada pelbagai latar belakang, daripada golongan profesional, kakitangan swasta dan penjawat awam, yang terpengaruh kerana dijanjikan keuntungan atau hibah di antara 18 hingga 30 peratus sebulan.

Ia membabitkan pelaburan secara pembelian lot tanaman cili fertigasi (RM60), bahagian ternakan kambing (RM350) dan lembu (RM750) yang kononnya diusahakan syarikat itu di Rantau, Negeri Sembilan; Banting, Selangor serta Jerantut, Pahang.

Tanpa premis sebagai pejabat yang sempurna, pemilik perniagaan yang tinggal di Rawang itu, dikesan menjadikan rumah ibunya terletak bersebelahan kandang ternakan dan kebun cili di sebuah kampung dekat Jerantut sebagai tempat operasi.

Labur sehingga RM120,000
Dalam usaha mencari mangsa, pemilik perniagaan melantik beberapa pelabur awal sebagai ejen menerusi akaun Facebook serta laman sembang WhatsApp, dengan komisyen sehingga 15 peratus daripada pelaburan baharu yang dibawa masuk.

Ada mangsa Yang terpengaruh, melabur sehingga RM120,000 seorang, selain ada yang turut mendaftar pelaburan atas nama anak serta ahli keluarga.

Bagi meyakinkan pelabur baharu,mereka mempamerkan salinan sijil pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan SSM sambil mendakwa pelaburan itu tidak dihalang Bank Negara Malaysia (BNM) walaupun gagal menunjukkan surat kebenaran mengutip modal.

Unit Khas BH membuat siasatan terhadap perniagaan terbabit sejak April lalu, termasuk menyertainya sebagai pelabur, meninjau sendiri kebun cili serta ternakan di Jerantut sambil menemubual ibu pemilik perniagaan terbabit.

Ladang cili kurang 0.4 hektar
Paling diragui, bagaimana penanaman cili atas tapak yang keluasannya kecil tidak sampai 0.4 hektar di situ mampu menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur, sedangkan ketika tinjauan dibuat, tanaman itu juga belum mengeluarkan hasil.

Ibu pemilik perniagaan yang ditemui ketika tinjauan itu, secara jujur mengakui, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana pelabur pasti akan mendapat bayaran faedah yang disebut hibah, seperti dijanjikan kerana anaknya ada dana mencukupi.

“Tak perlu risau. Tak perlu tunggu ada hasil cili atau ternakan, baru boleh bayar sebab kami boleh pakai dulu duit pelabur baharu. Duit itu tidak putus sebab anak saya (pemilik perniagaan) juga ada buat pinjaman bank.

"Orang baharu masuk, kami boleh pakai dulu untuk bayar yang lain. Nanti ada untiung lepas jual cili, boleh tampung semula duit yang dipakai itu. Sama saja konsepnya.

“Setakat ini, semua orang dapat bayaran mereka setiap bulan,” katanya.

BH juga menghubungi pemilik perniagaan terbabit, yang memberikan maklumat bercanggah dengan penemuan wartawan sepanjang tinjauan di Jerantut.

Antaranya, dia mendakwa skim pelaburan itu dijalankan sejak April tahun lalu, sedangkan menurut ibunya sendiri, skim terbabit baharu dibuka kepada awam awal tahun ini.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui di kampung itu juga memberitahu, ladang kecil perniagaan itu baharu dibuka di situ sejak bulan lalu.

Malah, beberapa kali pemiliknya memberi maklumat bercanggah apabila pada awalnya memberitahu ada 200 orang sudah melabur tetapi apabila diberitahu berhasrat membuat pelaburan yang tinggi, angka itu berubah kepada lebih 3,000 orang.

Begitu juga maklumat diberikan ejen pelaburan yang mengatakan pemilik perniagaan itu baru pulang dari Bangkok untuk urusan pembelian kambing tetapi ketika dihubungi, lelaki itu memberitahu dalam perjalanan ke Perak untuk urusan itu.

Semakan dengan SSM mengesahkan perniagaan itu hanya berstatus enterprise dengan pemilikan tunggal.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pula, hanya syarikat berstatus sendirian berhad dibenar mempraktikkan skim berkepentingan iaitu mengutip modal daripada pelabur untuk mengembangkan perniagaan.

BNM tidak benar kutip pelaburan modal  
Jurucakap BNM menegaskan, perniagaan berstatus enterprise tidak boleh mengutip sebarang pelaburan modal, malah syarikat berstatus sendirian berhad juga tidak boleh sewenang-wenangnya mengutip modal pelaburan, selagi tidak mendapat kelulusan SSM.

Sementara itu, semakan terkini BH mendapati, mulai 3 Julai lalu, perniagaan terbabit mengumumkan pemberhentian pendaftaran pelabur baharu serta menamatkan pembayaran hibah kepada semua pelaburnya.

Pengumuman itu dibuat selepas ramai pelabur mulai resah dan mempersoalkan dokumen perjanjian yang gagal disiapkan selain bayaran hibah tidak ditunaikan dalam tempoh dijanjikan.

Pemiliknya menerusi kenyataan yang disebarkan ejen menerusi aplikasi WhatsApp yang turut disertai wartawan BH, berjanji memulangkan semua modal berkenaan tetapi setakat ini, belum ada pelabur menerima bayaran balik.

Sumber : Berita Harian (16/07/2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
PIPHIJAU - GST MASTERPIECE --> bit.ly/PiphijauDungun
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment