Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA : 'Datuk Seri' Didakwa Perdaya 12 Individu, Rugi Ratusan Juta Ringgit



KUALA LUMPUR 17 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa polis melakukan siasatan terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang didakwa memperdayakan sebanyak 12 individu dalam penipuan perniagaan sehingga mencecah ratusan juta ringgit.

Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada usahawan itu mendakwa dijanjikan kerjasama dalam bentuk pelaburan dan perniagaan oleh lelaki berusia lingkungan 40-an itu.

Menurutnya, ahli perniagaan tersebut yang salah satu syarikatnya beroperasi di Sri Petaling di sini dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan berkenaan sejak lima bulan lalu.

“Berpuluh-puluh laporan telah dibuat mangsa berhubung penipuan membabitkan lelaki tersebut namun sebarang tindakan diambil.

“Justeru, kita menggesa pihak polis melakukan siasatan terhadap ahli perniagaan berkenaan agar tiada lagi individu yang menjadi mangsanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Laporan dibuat kira-kira pukul 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. 

Tambah Hamdan, lelaki tersebut turut dikehendaki pihak berkuasa di Thailand dan Indonesia kerana turut memperdayakan ahli perniagaan di sana.

“Kita mahu polis ambil tindakan terhadap lelaki ini kerana bagaimana dia masih bebas sedangkan dikehendaki pihak berkuasa di luar negara,” tegasnya.

Sumber : Utusan Malaysia (18 Mei 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment