Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Datuk Seri Songlap



"Duit 'hangus' cecah ratusan juta jaja pelaburan perniagaan"  

Kuala Lumpur : Duit 'hangus' mencecah ratusan juta ringgit. Itu nasib menimpa beberapa usahawan tempatan apabila didakwa menjadi mangsa penipuan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Mangsa ditipu selepas dijanjikan keuntungan perniagaan pelaburan melalui lelaki terbabit. 

Bagaimanapun keuntungan itu gagal ditunaikan malah individu terbabit menghilangkan diri selepas 15 laporan polis dibuat.

Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu individu terbabit selepas ditawarkan pelaburan perniagaan.

Beliau mendakwa, Datuk Seri berusia 40-an terbabit dikatakan licik menabur janji hingga menyebabkan ramai mangsa percaya dan sanggup menyerahkan wang dalam jumlah besar.

“Kami buat laporan polis ini untuk menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas individu itu sekaligus membela nasib usahawan yang menjadi mangsa.

“Ini kes serius berikutan membabitkan penipuan ratusan juta ringgit,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro (18 Mei 2016)
Tulisan : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment