"KPDNKK kesan individu hidup mewah jual barang berjenama tiruan di Internet"
Kuala Lumpur : Hanya dengan menjual barangan berjenama tiruan dan cetak rompak melalui Internet, mereka mampu hidup senang lenang serta melaram dengan kenderaan mewah.
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan sekurang-kurangnya lima 'jutawan senyap' hasil kegiatan jenayah siber ini.
Pada masa sama, pihak berkuasa itu percaya ada puluhan lagi jutawan senyap yang modus operandi mereka hanya menghadap komputer peribadi di rumah kurang tiga jam sehari tanpa perlu bersusah payah melakukan kerja pemasaran.
Jurucakap KPDNKK berkata, kegiatan penipuan ini didalangi kebanyakannya belia berusia awal 20-an yang tidak memiliki kelulusan pendidikan tinggi.
“Bagaimanapun, mereka mampu menjadi jutawan atas talian atau online hanya dengan menjual barangan tiruan melalui tempahan di Internet.
“Berdasarkan risikan, kami sudah mengambil tindakan ke atas lima 'jutawan senyap' ini yang menjalankan kegiatan jenayah menjual produk barangan terkemuka jenama tiruan.
“Produk dijual membabitkan beg, dompet dan tali pinggang tiruan jenama Louis Vuitton, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo, Chanel, Hermes dan Coach, ”katanya.
Menurutnya, KPDNKK turut mengesan satu lagi sindiket yang aktif menjual barangan sukan jenama terkemuka kasut dan jersi Adidas, Puma, Nike dan Reebok.
“Berdasarkan risikan, mereka ini mengatur strategi dengan membeli barangan tiruan 'gred A' dari China secara besar-besaran.
“Mereka kemudian akan menawarkan produk tiruan itu yang didakwa barangan tulen melalui Blog atau Facebook pada harga sedikit lebih murah berbanding harga barangan tulen.
“Terbaru, KPDNKK menahan seorang lelaki berusia 20'an yang dikesan menjadi jutawan hasil kegiatan itu di sebuah pekan kecil di Perak,"katanya.
Melalui aktiviti itu, pemuda berkenaan mampu memiliki empat kenderaan mewah model Vellfire, BMW, Toyota Harrier dan Honda bernilai lebih RM1 juta.
“Suspek dikesan menjalankan perniagaan berkonsepkan ejen yang dilantik khas untuk pasaran Malaysia dan Singapura.
“Individu yang berminat untuk memasarkan produk tiruan itu dikenakan bayaran deposit dan yuran RM15,000 setiap seorang. Suspek dikesan menyediakan katalog khas disertai gambar beg tangan berjenama untuk dijual,"katanya.
Menurutnya, lelaki itu juga dikesan mengambil gambar semua produk tiruan itu di studio mini dibina untuk dimuatkan dalam laman blog atau FB.
“Suspek turut menggunakan resit dan pembayaran kad kredit palsu bagi meyakinkan ejen bahawa produk itu benar-benar dibeli di luar negara.
“Produk yang ditempah ejen akan dihantar melalui khidmat kurier.
Suspek dianggap amat berhati-hati berikutan tidak meletakkan nombor telefon pintar pada iklan di blog dan FB. Individu yang mahu berurusan hanya dibolehkan berhubung melalui laman sosial WeChat,"katanya.
Dalam satu lagi kes berasingan, KPDNKK membongkar kegiatan seorang lelaki yang menjual barangan sukan cetak rompak menerusi Internet di sebuah kondominium di Cheras Perdana, di sini.
Suspek berusia awal 20 an dikesan mengiklankan beratus model kasut sukan jenama Adidas, Puma, Nike dan Reebok melalui laman blog khas.
Suspek didakwa memperoleh keuntungan hampir RM50,000 sebulan hasil tempahan dan pembelian pelanggan dari seluruh dunia.
Berdasarkan siasatan, KPDNKK menemui bukti resit penghantaran kasut tiruan itu ke Bangkok, Thailand, Musselburgh, Scotland, Rovellasca, Italy, Munoz, United Kingdom.
Pihak berkuasa sebelum ini pernah menahan seorang pemuda yang memiliki kereta Lamborghini hasil kegiatan penjualan produk bina badan mengandungi steroid melalui atas talian.
Suspek berusia 20-an itu ditahan pihak berkuasa di stor miliknya di Klang, Selangor.
Sumber : Harian Metro (14 Mei 2016)
Tulisan : Mohd Jamilul Anbia Md Denin & Fardy Bungga
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment