Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 April 2016



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan rendah minggu ini berikutan kekukuhan ringgit dan menjejaki pergerakan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

“Kami menjangkakan harga emas tempatan kekal dalam tekanan ekoran kekukuhan ringgit, bergantung kepada pergerakan minyak dunia,” kata peniaga daripada Phillip Futures Sdn Bhd, Viola Yong. 

Bagaimanapun, katanya, pasaran juga menjangkakan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) meningkat tahun ini yang akan membawa kepada kekukuhan dolar AS yang kelaknya memberi tekanan kepada harga emas. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, April 2016 naik 38 mata kepada RM156.40 segram, Mei 2016 meningkat 40 mata kepada RM157.30 segram.

Jun 2016 menokok 37 mata kepada RM157.50 segram manakala Julai 2016 naik 46 mata kepada RM157.30 segram.

Jumlah dagangan mingguan jatuh kepada 34 lot bernilai RM532,520 daripada 151 lot bernilai RM2.28 juta pada Jumaat minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat susut kepada 531 kontrak daripada 566 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, harga emas susut dan perak meraih keuntungan pada Jumaat apabila dolar mengukuh berbanding yen, tetapi kedua-dua logam masih menuju keuntungan bagi pergerakan mingguan.

Dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat satu peratus berbanding yen semalam, selepas Bloomberg melaporkan bahawa Bank of Japan (BoJ) mempertimbangkan memohon kadar negatif untuk program pinjaman bagi institusi kewangan.

Emas jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,244.80 seaun pada 0719 GMT, selepas mencecah paras tertinggi lima minggu pada AS$1,270.10 seaun pada Khamis.

Namun, penganalisis Goldman Sachs pada Jumaat mengekalkan pandangan menurun untuk emas dan komoditi lain dan mengulangi cadangannya terhadap penurunan emas.

“Kami terus menjangkakan pengukuhan pasaran buruh AS akan memaksa Fed menaikkan kadar faedah tiga kali tahun ini, membawa kepada pengukuhan dolar dan peningkatan beransur-ansur kadar faedah menurunkan harga emas,” katanya.

Emas mencatat prestasi suku tahunan terbaiknya dalam tempoh hampir 30 tahun dalam jangkamasa tempoh tiga bulan sehingga Mac ekoran jangkaan bahawa Fed tidak dapat menaikkan kadar faedah AS tahun ini, berikutan pasaran dan kebimbangan terhadap ekonomi China yang tidak menentu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment