Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Sejuta Pengikut Vida Beauty Diperdaya



Ipoh : Kira-kira 1 juta pemilik akaun laman sosial Facebook dan pengikut setia produk Vida Beauty Sdn Bhd dipercayai diperdayakan dengan muslihat sekumpulan pencuri identiti yang menjanjikan hadiah lumayan melalui pautan laman web yang berakhir kepada pautan laman web lucah.

Pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dr Vida berkata, kejadian berlaku jam 1 pagi pada 13 April lalu apabila beliau mengesaan kewujudan beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyamar sebagai dirinya dan memperdayakan pengguna laman sosial itu terutama pengikut setianya 

"Selepas sejam mengesan kewujudan laman Facebook palsu itu, saya cuba memuat naik status bagi menafikan pemilikan akaun berkenaan, bagaimanapun saya dapati akaun Facebook saya tidak boleh dibuka dan mengesyaki ia sudah digodam dan kini tidak lagi mempunyai akses untuk log masuk," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jelapang, pada jam 3.45 petang semalam.

Menurutnya, kejadian terbaru yang dikesan beliau kelmarin pula mendapati sekeping gambar dimuat naik pihak tidak bertanggungjawab dan disusuli dengan pautan senarai nama pemenang, bagaimanapun ia hanya gimik dan apabila diklik, ia membawa pengguna kepada pautan sebuah laman web lucah.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun Facebook palsu berkenaan yang menggunakan identitinya.

Hasmiza berkata, laporan itu juga dibuat bagi membolehkan ia dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh agensi berkenaan. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan laporan terbabit.

Sumber : Harian Metro (19 April 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment