Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 April 2016



Harga emas meningkat semalam selepas penurunan tiga hari berturut-turut, tetapi menuju penurunan mingguan pertama dalam berkenaan berikutan pengukuhan dolar dan ekuiti yang lebih tinggi.

Logam berharga itu meningkat ke paras tinggi dalam tempoh tiga minggu pada Selasa, hanya untuk melepaskan keuntungan kerana saham dunia meningkat ke paras tertinggi sejak akhir Disember pada Khamis, dirangsang data ekonomi China yang kukuh serta peningkatan harga minyak, awal minggu ini.

Spot emas meningkat 0.2 peratus pada AS$1,229.06 seauns pada 0941 GMT, berikutan penurunan 1.3 peratus dalam sesi sebelumnya. Ia menuju satu peratus kerugian pada minggu berkenaan.

Harga emas kukuh selepas mencatatkan kenaikan suku terbesarnya dalam tempoh hampir 30 tahun bagi tiga bulan sehingga Mac, didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS akan meneruskan beberapa kenaikan kadar, tahun ini.

“Kami mendapati bank pusatmem punyai kebimbangan dengan dasar rangsangan mereka dan kebanyakan rangsangan itu lebih cenderung untuk menurunkan nilai mata wang dan ia susulan daripada kadar negatif sebenar,” kata penganalisis ETF Securities, Martin Arnold.

“Ia adalah kos kepada orang ramai untuk mengadakan tunai dan pendapatan tetap dan ia menurunkan nilai mata wang fiat, jadi orang ramai akan beralih kepada emas,” katanya.

Kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan kos lepas aset bukan hasil, serta meningkatkan dolar.

Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart, berkata kelmarin, beliau tidak lagi menjangka untuk menyokong kenaikan kadar faedah AS pada April, tetapi menambah masih ada masa dua atau tiga kenaikan kadar tahun ini.

Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini, kemungkinan besar pada Jun ini, tetapi kebarangkalian itu pudar berikutan tanda lemah pada permulaan tahun ini, inflasi yang masih membelenggu dan latar belakang global yang rapuh, menurut satu tinjauan Reuters.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment