Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 April 2016



Emas jatuh satu peratus semalam kerana saham Eropah meningkat selepas perangkaan perdagangan China yang kukuh meredakan kebimbangan mengenai tinjauan ekonomi kedua terbesar dunia itu dan peningkatan dolar Amerika Syarikat (AS).

Dolar AS meningkat 0.7 peratus berbanding mata wang utama lain, selepas mencecah paras rendah dalam tempoh hampir lapan bulan pada sesi sebelumnya, sementara saham meloniak 2.1 peratus.

Kontrak semasa emas jatuh 1.1 peratus kepada AS$1,241.80 seaun pada 1140 GMT, sementara pasaran hadapan emas AS bagi kontrak penghantaran Jun jatuh AS$17.60 seaun kepada AS$1,243.30.

Emas mencecah paras AS$1,262.60 kelmarin, paras tinggi sejak 18 Mac kerana dolar AS jatuh, tetapi gagal mempertahankan peningkatan itu kerana dolar AS melonjak semula dan pasaran saham meningkat. “

Pengukuhan ekuiti dan dolar AS memberi sedikit tekanan kepada emas, tetapi ia masih baik dan naik sedikit,” kata Ketua Perdagangan MKS, Afshin Nabavi.

Emas mencatatkan sukuan yang kukuh dalam tempoh 30 tahun pada suku pertama 2016, dengan dolar AS kembali pulih kerana pelabur mengurangkan jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).

Dolar AS jatuh lebih empat peratus berbanding mata wang utama lain tahun ini.

Pembuat dasar Fed menunjukkan pada Disember, bahawa empat peningkatan mungkin diperlukan tahun ini, tetapi mengurangkan jangkaan pada bulan lalu kepada dua kali peningkatan tahun ini.

Pasaran hanya mengambil kira satu peningkatan kadar, tetapi komen daripada dua pegawai Fed kelmarin menambahkan lagi ketidaktentuan.

Dalam kalangan logam berharga lain, perak jatuh 0.7 peratus kepada AS$16.04 seaun, selepas mencecah paras tinggi dalam tempoh lima setengah bulan pada paras AS$16.21 kelmarin.

Nisbah emas/perak, yang mengukur jumlah aun perak yang perlu dibeli dengan satu aun emas, jatuh ke paras rendah dalam tempoh tiga setengah bulan pada 77.2 kerana perak mengatasi emas.

Platinum, yang mencecah paras tinggi dalam tempoh sebulan kelmarin pada paras AS$1,001.88, berada pada paras AS$987.05 seaun, jatuh 0.9 peratus sementara palladium jatuh 0.6 peratus kepada AS$541.50 seaun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment