Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : 2 Bawa Wang Haram RM2.4 Juta



"Gagal beri penjelasan dokumentasi sumber duit"  

Padang Besar : Dua lelaki ditahan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) selepas membawa wang tunai RM2.4 juta di Jalan Ulu Pauh - Padang Besar, di sini, petang kelmarin.  

Suspek masing-masing berusia 54 dan 19 tahun ditahan dalam sekatan jalan raya, selepas gagal mengesahkan sumber wang itu diperoleh secara dokumentasi.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, AKSEM menahan dan memeriksa kenderaan jenis Audi Q7 yang dinaiki suspek dari arah Padang Besar ke Chuping, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan AKSEM mendapati ada dua kotak berjenama kopi berwarna coklat pada bahagian belakang kenderaan yang kemudian dimaklumkan mengandungi wang tunai RM2.4 juta yang ingin dibawa ke Pulau Pinang,” katanya.

Suspek diserah kepada JSJK  
Sumber berkata, kedua-dua lelaki berkenaan gagal menjelaskan secara dokumentasi menyebabkan suspek dibawa ke Pejabat AKSEM di Chuping, sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Perlis untuk tindakan selanjutnya.

“Kenderaan, dua telefon pintar dan wang tunai dalam nilai RM50 sebanyak 48,000 keping turut dirampas. Ia menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM2.8 juta.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wang terbabit dibawa masuk dari Thailand, termasuk tujuan duit itu dibawa,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, 2001.
Sementara itu, Komander AKSEM Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.  

Sumber : Berita Harian (20 Mei 2016)  
Tulisan : Muhammad Mustakim Ramli


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment