Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kerajaan Bakal Gubal Akta Kebankrapan 1967



Kuala Lumpur : Kerajaan akan menggubal Akta Kebankrapan 1967 yang dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini dengan antara kandungannya membantu penjamin terutama menyukarkan pihak pemiutang membankrapkan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, kandungan pindaan itu sudah mendapat kelulusan Peguam Negara (AG) dan hanya menunggu proses mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Dalam akta baru itu nanti, Jabatan lnsolvensi Malaysia (Mdl) mencadangkan pindaan baru dengan mewujudkan perbezaan kedudukan antara peminjam dan penjamin.

“Tujuannya untuk melindungi penjamin sosial di mana pemiutang tidak boleh memulakan prosiding kebankrapan terhadap penjamin kecuali dengan kebenaran mahkamah. Sebelum ini, tiada peruntukan mengenainya disebut dalam akta sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, penggubalan peruntukan itu juga menyebut suatu tindakan kebankrapan tidak boleh dimulakan sebelum pemiutang mengambil tindakan terlebih dahulu terhadap peminjam untuk mendapatkan hutang.

“Mahkamah hanya boleh beri kebenaran kepada pemiutang untuk memulakan prosiding kebankrapan kepada penjamin selepas pemiutang membuktikan sudah melaksanakan semua tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan untuk mendapatkan semula hutang,” katanya.

Sumber : Harian Metro (06 April 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment