Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Bangkrap Angkara Kawan



"Lelaki diisytihar muflis jadi penjamin rakan baik"  

Kuala Lumpur : Disebabkan terlalu percayakan kawan, saya pula yang diisytiharkan muflis. Akibatnya sampai sekarang saya lima beranak tak boleh membeli rumah sendiri dan terpaksa menyewa," kata Bujang. 47.

Segala-galanya berpunca daripada tindakannya menjadi penjamin kepada rakan baiknya sendiri yang membuat pinjaman bank.

Ketika itu Bujang baru berusia 29 tahun dan bersetuju apabila takan baik memintanya menjadi penjamin untuk pembelian sebuah kereta bernilai RM30,000.

Akibatnya, kini sudah lebih 10 tahun dia terpaksa menanggung beban hutang rakannya itu.

“Ketika itu, saya langsung tidak tahu mengenai risiko muflis atau bankrap kerana menjadi penjamin. Lagipun, waktu itu saya terlalu percayakan kawan," kata pekerja kilang itu.

Kata bapa kepada tiga anak itu, dia pernah memujuk rakannya itu membayar tunggakan dan ansuran bulanan RM500 tetapi hampa sehingga akhirnya pada 2008, akaun banknya dibekukan.

Ketika itu menurutnya, dia sudah berasakan sesuatu yang buruk berlaku dan terbukti apabila bank memaklumkan gaji bulanannya yang ketika itu sekitar RM1,400 disekat kerana mempunyai tunggakan hutang.

“Atas nasihat kawan, saya ke Jabatan lnsolvensi dan hampir tidak percaya apabila diberitahu saya berada dalam senarai individu yang diisytiharkan muflis.

”Gelap seketika pandangan saya waktu itu terutama memikirkan masa depan keluarga kerana saya belum mempunyai rumah sendiri," katanya menahan sedih.

Katanya, dia tidak sangka menerima 'hukuman' seberat itu, tambahan pula tidak menerima surat amaran daripada Jabatan Insolvensi selepas berpindah dari rumah lama yang didiami ke rumah sewa baru pada 2003.  

"Saya ada menghubungi rakan yang membuat pinjaman itu, tetapi dia memberi alasan tiada duit. Pihak bank pula meminta saya melangsaikan tunggakan hutang lebih RM20,000 sekiranya mahu nama saya dikeluarkan daripada senarai muflis.

"Akhimya, saya tidak mempunyai pilihan dan Jabatan lnsolvensi bersetuju supaya saya menjelaskan hutang itu secara ansuran RM100 sebulan kerana gaji bulanan tidak sampai pun RM2,000,” katanya.

Sumber : Harian Metro (06 April 2016)
Tulisan : Rizanizam Abdul Hamid


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment