Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kami Gali Emas Kecil-Kecilan



"Penduduk tak mohon permit berikutan ia hanya kerja sampingan"

Marang : Penduduk Kampung Jenang, di sini, mengakui mereka tahu kerja menggali emas yang dilakukan memerlukan permit sebelum mendulang di kawasan itu.

Bagamanapun, mereka tidak membuat permohonan itu kerana hanya menjalankan secara sampingan dan kecil-kecilan.

Dakwa mereka, Pejabat Tanah Galian (PTG) pernah menjalankan pemeriksaan di kampung berkenaan sebelum ini dan hanya menasihati penduduk supaya melakukan aktiviti tersebut dengan selamat.

"Sebenarnya aktiviti mendulang emas di kampung ini sudah lama dilakukan penduduk iaitu selepas kawasan Lubuk Mandi ditutup sekitar akhir 90-an.

"Penduduk tidak menghebohkan aktiviti ini kerana tidak mahu tragedi Lubuk Mandi berulang di sini. Kalau ramai orang luar masuk sudah tentu aktiviti akan menjadi bebas.

"Tetapi ia tidak mungkin berlaku kerana di sini kerja mendulang dilakukan di kawasan tanah persendirian tidak seperti di Lubuk Mandi," kata Yaakob Mamat, 62.

Menurutnya, aktiviti mendulang emas di situ dilakukan secara sambilan dan kini hanya ada dua hingga tiga penduduk yang melakukannya kerana emas tidak banyak seperti sebelumnya.

"Lubang yang kami gali hanya sekitar satu meter setengah sahaja dan permukaan lubang adalah seperti lopak tempat kerbau mandi iaitu mendatar bukannya secara menegak seperti yang digali di Lubuk Mandi.

"Apabila lubang digali sudah mula dalam, kami akan timbus semula dan gali di kawasan lain pula.

"Sekarang dalam tempoh seminggu dapatlah antara RM200 hingga RM300 kerana bukannya setiap hari dapat hasil," katanya yang bekerja di sebuah kilang papan, di sini.

Semalam, Presiden Institusi Geologi Malaysia yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) Datuk Yunus Abdul Razak menjelaskan bahawa emas yang didulang penduduk walaupun di kawasan tanah milik mereka tidak boleh diambil penduduk.

Bahan galian seperti emas dakwanya adalah tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam tanah persendirian mengikut undang-undang.

Jelasnya lagi, penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Sumber : Harian Metro (05 April 2016)
Tulisan : Zaid Salim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment