Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kelentong RM90 Juta



"Kegiatan licik lelaki 'jutawan penipu' terbongkar"  

Kuala Lumpur : Kelentong tujuh bank dengan menggunakan dokumen dan invois palsu. Itu antara kegiatan licik seorang 'jutawan penipu' yang melakukan penipuan membabit kan kerugian RM90 juta.

Suspek, Liew Hong Sing, 65, dikatakan membuat permohonan pinjaman bank bermula pada 2011 kononnya bagi memperbesarkan kilang serta membeli beberapa mesin.

Difahamkan, suspek memperdaya pihak bank dengan meluluskan pinjaman berjumlah puluhan juta ringgit itu selepas mengemukakan invois palsu daripada syarikat di Singapura kononnya untuk membeli mesin baru. 

Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Kewangan Perbankan Koperasi lnsurans Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, suspek dikesan menipu apabila menggunakan mesin terpakai yang dicat semula serta ditukar identiti.

“Tujuh bank mengeluarkan pinjaman RM90 juta kepada syarikat suspek. Lelaki itu didapati melarikan diri ke Indonesia pada 2012.

“Suspek turut menutup operasi kilangnya di Beranang, Selangor, selepas mengetahui pihak bank membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, tujuh laporan turut dibuat bersabit penipuan dilakukan suspek iaitu enam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan satu di Beranang, Selangor.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek menghubungi balai polis berhampiran.

“Sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Superintendan Ku Ismail Ku Awang di talian 03-26101177 / 017-8899165, Asisten Superintendan Norazura Din (016-72189313) atau Inspektor Khairol Nizam Mohd Yusof (03-2610119 / 017-3074557l),” katanya.

Menurut Abdul Ghani, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro (31 Mac 2016)
Tulisan : Mohd Fadly Samsudin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment