Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Nyaris Jadi 'Keldai Dadah'



"Tiga rakyat Malaysia terpedayatawaran rakan Facebook"  

Kuala Lumpur : Tiga rakyat Malaysia terselamat daripada dijadikan 'keldai dadah' oleh ssindiket antarabangsa selepas mendapatkan bantuan pejabat Konsulat Malaysia di Dubai, Sabtu lalu.

Sebelum itu, ketga-tiga mereka berusia antara 24 hingga 29 tahun ditawarkan melakukan penghantaran jongkong emas dari Dubai ke negara ketiga dengan bayaran lumayan yang dikenali melalui Facebook. 

Semua mereka yang berasal dari Muar, Johor, mula menyedari diri mereka diperalatkan selepas mendapat maklumat mengenai penangkapan dua lagi rakyat Malaysia di negara lain ketika berada di Dubai.

Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Yubazlan Yusuf, berkata tiga lelaki terbabit dilaporkan berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 30 Mac lalu dan tiba di Dubai keesokan harinya. 

Katanya, mereka mendakwa bertemu sekumpulan lagi lelaki rakyat Malaysia dipercayai dihantar ke China, Kanada, Turki dan beberapa negara lain untuk melakukan tugas yang sama menghantar jongkong emas. 

"Sebaik tiba di Dubai, ketiga-tiga merekka berhubung dengan seorang lalaki warga afrika melalui pesanan WhatsApp dan diarahkan pergi ke sebuah hotel di kawasan komersial Deira.

"Di hotel berkenaan, mereka bertemu seorang lelaki Afrika dan diberikan wang sebanyak AS$1,400 untuk bayaran hotel dan AS$1,000 untuk perbelanjaan makan dan minum," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Arahan bawa jongkong emas  
Beliau berkata, mereka diarahkan menunggu masa sesuai sebelum diarahkan 'menjalankan tugas' membawa jongkong emas seperti dirancang.

"Bagaimanapun, ketika menunggu tugasan untuk membawa jongkong emas, mereka menerima maklumat dua kenalan mereka yang berada di negara lain ditahan kerana membawa dadah.

"Selepas mengesyaki mereka turut menjadi mangsa, tiga individu itu mengambil keputusan datang mendapatkan bantuan di pejabat kami Ahad lalu dan menerangkan masalah mereka," katanya.

Pihak Konsul Malaysia mengaturkan perjalanan pulang tiga individu terbabit ke tanah air pada hari yang sama selain memaklumkan kejadian kepada Polis Diraja Malaysia dan Wisma Putra.

Yubazlan berkata, bukan hanya dadah, membawa jongkong emas juga boleh dikategorikan sebagai penyeludupan dan menjadi kesalahan.

“Seharusnya mana-mana pihak memahami setiap tugasan yang dilakukan mereka bagi mengelak kejadian tidak dingini berlaku," katanya.

Sumber : Berita Harian (06 April 2016)
Tulisan : Safeek Affendy Razali


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment