Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Jual Tin, Kotak Langsai Hutang Kawan



Kuala Lumpur : “Saya terpaksa menjual tin dan kotak terpakai demi menambah pendapatan untuk melangsaikan hutang ditinggalkan rakan yang menjadi punca saya diisytiharkan muflis," kata Danial, 32. 

Semuanya kerana dia menjadi penjamin rakan yang memimjam lebih RM40,000 daripada bank untuk pembelian kereta 10 tahun lalu.

Lebih malang, Danial mendapat tahu dirinya diisytiharkan bankrap ketika dia sibuk mengumpul wang untuk persiapan kahwin yang hanya berbaki enam bulan ketika itu.

“Pendapatan yang kecil sebagai kerani menyebabkan saya terpaksa mencari tin dan kotak buruk unluk dijual bagi mengumpul RM100 sebulan bagi menjelaskan hutang bank yang ditinggalkan kawan.

“Semua duit saya di dalam bank tidak dapat dikeluarkan selepas akaun dibekukan empat tahun lalu dan kehidupan saya mcmang sangal sukar," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya dekat sini. 

Mengimbas semula detik dia bersetuju menjadi penjamin kepada rakan sekerjanya itu, Danial berkata, ia berlaku pada 2006.

“Pada awalnya, segala-galanya okay sehinggalah pada Oktober 2012, pihak bank menghubungi saya memaklumkan ansuran pinjaman kenderaan RM490 sebulan sudah hampir setahun tertunggak.

 “Sebagai penjamin, pihak bank meminta saya melangsaikan tunggakan RM5,000 atau berdepan tindakan undang-undang," katanya.

Katanya, dia juga gagal menghubungi rakannya itu dan pada Disember 2012 dia mengalami masalah mengeluarkan wang daripada akaun bank.

“Ketika itu, saya amat perlukan duit untuk perbelanjaan kahwin yang dirancang pada Mei 2013 tetapi mendapat berita buruk apabila mcndapat tahu saya diisytiharkan mufis.

“Waktu itu saya rasa gelap masa depan memikirkan perbelanjaan kahwin dan tempat tinggal kerana tidak boleh membuat pinjaman perumahan untuk memiliki kediaman sendiri," jelasnya.

Namun katanya, dia bernasib baik apabila keluarga dan bakal isteri sanggup membantu selain dia terpaksa menjual pelhagai barangan keperluan untuk menampung belanja kahwin.

Sumber : Harian Metro (06 April 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment