Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Kad Jimat Tak Berkesan




"ST dedah kajian tunjuk tiada pengurangan dalam bil elektrik"  
Putrajaya : Penggunaan kad jimat elektrik langsung tidak memberi kesan pengurangan terhadap tenaga elektrik yang digunakan di rumah mahupun premis bangunan,” kata Pengarah Jabatan Pembangunan Pengurusan Tenaga dan Kualiti Perkhidmatan Suruhanjaya Tenaga (ST) Abdul Rahim Ibrahim.  

Beliau berkata, ia berdasarkan kajian dan percubaan dibuat selama dua tahun terhadap dua jenis kad 'ajaib' dijual sebuah syarikat pengeluar yang didakwa mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik antara 20 hingga 30 peratus dengan hanya diletakkan di suis utama.

“Hasil kajian serta percubaan dibuat terhadap sebuah rumah teres, bayaran bil elektrik perlu dibayar tidak ada beza jika dibandingkan dengan sebelum penggunaan kad berkenaan.

“Apabila dibandingkan dengan panduan penjimatan tenaga elektrik disyorkan oleh Suruhanjaya Tenaga, ia lebih berbaloi berbanding modal dikeluarkan pengguna untuk membeli kad ini," katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya sedia maklum mengenai penjualan kad jimat elektrik itu yang dijual secara meluas di Internet, termasuk media sosial Facebook (FB) atau lnstagram.

“Buat masa ini, tiada tindakan dikenakan terhadap pengeluar atau penjual kerana kad berkenaan bukan diklasifikasikan sebagai barangan elektrik selain penggu1 naannya tidak menjejaskan atau merosakkan bacaan bil.

“Malah, tidak ada laporan penggunaan kad ini mengundang kejadian bahaya atau tidak diingini katanya. 

Selain itu, Abdul Rahim berkata, tidak ada mana mana badan bertauliah yang menyatakan kad berkenaan memang terbukti dan memberi kesan bagi mengurang kan penjimatan tenaga elektrik di rumah.

“Jika ia benar-benar berkesan dan membantu pengguna mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, sudah tentu Suruhanjaya Tenaga turut mengesyorkan kepada pengguna membeli produk ini," katanya.

Dalam pada itu, beliauvberkata, kad berkenaan dipercayai dijual sejak 2011 iaitu selepas penjualan alat berbentuk kotak kecil dipasangkan pada suis utama didakwa dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Kemudian, sekitar 2007 dan 2008 timbul aduan dimaklumkan oleh persatuan pengguna dan beberapa pihak lain mengatakan ia tidak memberi kesan terhadap penggunaan tenaga elektrik dan kajian serta percubaan terhadap alat itu turut dilakukan.

“Selepas penjualannya terhenti sekitar tahun 2011, timbul pula kad jimat tenaga dikatakan inovasi baru dan menyebabkan mereka terpedaya turut membelinya.” katanya.

Terdesak bagi menarik pelanggan, beliau berkata, ada syarikat pengeluar menggunakan logo Suruhanjaya Tenaga pada produk mereka dan tindakan perundangan boleh diambil terhadap pihak berkenaan kerana menyalahgunakan logo suruhanjaya itu.

Beliau berkata, kaedah terbaik bagi memastikan penjimatan penggunaan tenaga elektrik dengan memantau bil bulanan yang diterima untuk mengetahui punca atau sebab ia terlalu tinggi.

Sumber : Harian Metro (20 Mac 2016)
Tulisan : Siti A'isyah Sukaimi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment