Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Datuk Kena 14 Sebatan


Gambar Hiasan

"Mengaku bersalah terhadap 7 pertuduhan menipu babit RM187,500"

Kuala Lumpur : Seorang lelaki bergelar Datuk dipenjara enam tahun enam bulan dan 14 sebatan oleh Mahkamahb Sesyen, semalam selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM187,500 dua tahun lalu.

Tertuduh V Vicknes, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua mahkamah berasingan masing-masing di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor dan Aman Ahmad. 

Bagi pertuduhan di hadapan Zaman, lelaki itu didakwa atas empat pertuduhan menipu Datuk Tan Poh Loong 49, untuk mendapatkan darjah kebesaran 'Datuk Seri' pada hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agung 2014 sehingga mendorong mangsa memasukkan wang tunai secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank yang berbeza milik tertuduh yang kesemuanya RM95,000.

Kesalahan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza termasuk di Maybank Berhad Taman Segar Cheras, pada jam 1.38 petang, 25 Mac 2014, pertuduhan kedua dan ketiga di Citibank Berhad jalan Ampang, jam 12.58 tengah hari, 28 Februari 2014 dan di Hong Leung Bank Berhad Pusat Perniagaan Cheras Maju, Kajang pada 4 petang, pada 28 Februari 2014.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 14 Disember 2015.

Sementara itu, di hadapan Azman, Vicknes didakwa atas tiga pertuduhan menipu seorang wanita warga emas, S Vimala, 68, dengan memperdayakannya untuk memper- cayai tertuduh dapat membekalkan kereta jenis BMW tahun 2013 sehinga mendorong mangsa menyerahkan wang secara berperingkat kepada tertuduh yang kesemuanya berjumlah RM92,500.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Solaris 1, Mont Kiara pada jam 3.03 petang, 30 Jun 2014, jam 1.55 petang, 2 Julai 2014 dan jam 1.27 petang pada 21 Julai 2014. 

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, mahkamah menjatuh kan hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh jaminan di tarik balik pada 2 Februari lalu.

Bagi semua pertuduhan itu, Vicknes didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun penjara dengan sehat dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Vicknes yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah meringankan hukuman terhadapnya memandangkan dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah memberikan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. 

Sumber : Harian Metro (24 Mac 2016)
Tulisan : Nor Azura Abdul Jalil


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment