Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Mac 2016



Harga emas mencecah paras terendah dalam seminggu semalam, dengan kesan dolar yang lebih kukuh mengatasi sedikit kenaikan permintaan terhadap logam selamat itu selepas serangan terhadap sebuah lapangan terbang dan kereta api metro ketika waktu puncak di Brussels.

Berita semalaman mengenai serangan di Belgium dan komen agresif daripada seorang lagi pegawai rasmi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah menyokong mata wang AS, manakala laluan kadar faedah AS yang semakin meningkat telah menjejaskan daya tarikan terhadap pelaburan emas.

“Di AS, normalisasi ekonomi perlahan ini seharusnya menghasilkan kadar faedah sebenar lebih tinggi dan mengehadkan daya tarikan logam berharga sebagai satu pelaburan,” kata BMI Research dalam satu nota. 

Kadar faedah yang lebih tinggi meningkatkan kos pegangan emas adalah aset yang tidak dikenakan faedah. Spot emas telah jatuh satu peratus kepada AS$1,235.36 seaun pada 0634 GMT.

Harga sebelum ini jatuh ke tahap paling rendah sejak 16 Mac pada AS$1,231.60 disebabkan keuntungan telah ditempah menjelang cuti Easter yang bermula esok. Emas AS juga jatuh satu peratus kepada AS$1,235.80.

“Kenaikan hari ini disebabkan oleh kenaikan akibat pengeboman Brussels, selepas itu, pasaran terbuka kepada keadaan jualan tergesa-gesa dari Asia,” kata seorang peniaga di Singapura.

Data kelmarin menunjukkan Venezuela mengeksport emas bernilai kira-kira 443 juta Swiss franc (AS$456 juta) ke Switzerland pada bulan Februari, apabila bank pusat negara Amerika Selatan melaksanakan pertukaran untuk menerima tunai kerana krisis ekonomi.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment