Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : 112 Ahli Sindiket Macau Scam Ditahan



"Polis tangkap warga China, Taiwan dalam lima serbuan di seluruh negara"  

Kuala Lumpur : Polis membongkar satu sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau 'Maeau Scam' jaringan antarabangsa selepas menahan 112 warga China dan Taiwan dalam lima serbuan berasingan di seluruh negara, petang kelmarin.

Serbuan itu adalah hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Polis Republik China, selepas mendapati sindikat berkenaan dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan puluhan juta ringgit.

Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komesioner Kamarudin Md Din, berkata sindiket ini dipercayai menyasarkan mangsa yang berada di luar negara khususnya di Taiwan dan China.

Menyamar wakil bank  
"Modus operandi ialah dengan menyamar sebagai wakil bank dan menghubungi mangsa di luar negara memaklumkan mengenai pembayaran bil kad kredit atau pinjaman tertunggak yang perlu dijelaskan segera walaupun mangsa tidak pernah membuat sebarang urusan perbankan seperti didakwa.

"Namun, kerana percaya dengan sistem perbualan yang sama dengan situasi di bank, mangsa yang terpedaya membuat pembayaran kepada akaun diarahkan bagi mengelak semua wang daripada akaun simpanan mereka lesap selepas diyakinkan oleh sindiket yang turut menyamar sebagai polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dalam serbuan yang dilakukan serentak di lima unit kediaman mewah di Taman Melawati dan Taman Sri Ukay (Selangor); Seremban (Negeri Sembilah); Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Horizon Hill, Nusajaya (Johor) polis turut menahan dua lelaki rakyat tempatan.

Diajar cara berkomunikasi
"Ketika serbuan dibuat ke atas sebuah banglo mewah tiga tingkat di Taman Melawati, sebahagian suspek didapati sedang diajar cara berkomunikasi dengan mangsa yang bakal menjadi sasaran mereka.

”Malah situasi itu dilihat seperti dalam sebuah kelas selepas setiap meja ahli sindiket turut dilengkapi talian telefon," katanya.

Dalam serbuan berkenaan polis turut merampas ratusan telefon dan kelengkapan komunikasi termasuk router, penghala berfungsi mengumpul data jaringan maklumat telekomunikasi mangsa dan gateaway (alat untuk memalsukan nombor sebenar pemanggil yang keluar pada skrin telefon .

Kamarudin berkata, semua suspek turut disoal siasat oleh pegawai Polis Republik China, bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan susulan untuk mengesan suspek utama yang berada di luar negara.

“Secara kesimpulan sekiranya membabitkan mangsa di Malaysia, sindiket akan beroperasi dari luar negara sama ada China, lndonesia, Kemboja atau Taiwan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa sesebuah negara yang menerima laporan mangsa,” katanya.

Sumber : Berita Harian (27 Mac 2016)
Tulisan : Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar & Meor Ahmad Nasriin Rizal

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment