Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Impian Miliki Kereta Tercapai



Petaling Jaya: Impian seorang peniaga untuk memiliki sebuah kereta warna merah menjadi kenyataan apabila diisytihar sebagai pemenang utama peraduan Jom Menang! 2015 Nestle Professional.

Saripah Abdul Majid, 54, pemilik Kedai Makan Saripah di Melaka yang menyifatkan hadiah PERODUA Axia 1.0 (A) bernilai RM40,000 itu sebagai pembuka rezekinya bagi tahun 2016, berkata beliau menyertai peraduan itu selepas mendapati kereta berwarna merah ditawarkan sebagai hadiah utama.

“Apabila Nestle menganjurkan peraduan 'Jom Menang! 2015 dengan hadiah utama kereta warna merah, saya kumpul bungkusan produk Nestle dan menghantar potongan kod bar produk bersama borang peraduan. Produk Nestle terutama Milo dan Nescafe menjadi pilihan saya sejak mula membuka kedai makan 20 tahun lalu.

Tak sangka menang  
“Setiap tahun memang saya menyertai peraduan Jom Menang! dan tak sangka tahun ini diumumkan sebagai pemenang utama,” katanya yang menerima hadiah berkenaan daripada Pengurus Perniagaan Negara (Malaysia dan Singapura) Nestle Professional, Jasmmine Wong, di sini semalam.

Sementara itu, Wong berkata, sebanyak 7,000 penyertaan diterima untuk peraduan itu yang dibuka pada Ogos hingga November lain sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang menggunakan produk Nestle dalam perniagaan makanan dan minuman mereka.

Pada peraduan itu, masing-masing dua pemenang hadiah kedua dan ketiga menerima jongkong emas 100 gram dan 50 gram, manakala tiga pemenang hadiah keempat menerima iPhone 6 dan lima pemenang hadiah kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300.

Sumber : Berita Harian (30 Mac 2016)


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment