Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Jutawan Temberang



"Lelaki anjur kelas pelaburan perdaya wang lebih RM1 juta"

Kuala Lumpur : Anjur kelas khas 'rahsia menjadi jutawan terbilang'. Itu antara taktik penipuan pelaburan digunakan seorang lelaki yang berjaya menipu 26 mangsa membabitkan kerugian lebih RM1 juta. Kebanyakan mangsa yang melabur RM50,000 diperdaya suspek yang mendakwa memiliki wang berjumlah RM32 bilion di dalam akuan banknya hasil pelaburan dikendalikan.

Suspek turut memperagakan deretan kereta mewah dimiliki yang didakwa diperolehi melalui pelaburan pertukaran mata wang asing dilakukan.

Mangsa yang terpedaya akan diajak menyertai kelas dikendalikan suspek kononnya bagi mendedahkan teknik digunakan dalam pelaburan mata wang asing berkenaan sehingga berjaya.

Bagaimana perlu membayar sehingga RM50 ribu untuk menyertai kelas berkenaan yang diadakan sebanyak empat sesi setiap hujung minggu.

Salah seorang mangsa, Mohd Hairulmizam Mohd Zakri, 30, berkata, dia mengenali suspek Januari tahun lalu menerusi laman sosial Facebook selepas mendapat maklumat mengenai kelas pelaburan diadakan syarikat dikendalikan lelaki itu.

Katanya, dia kemudian mengambil keputusan berjumpa lelaki itu di premis syarikatnya di Kota Damansara, Selangor.

“Pada pertemuan itu, suspek menunjukkan penyata akaun pelaburannya berjumlah USD8 billion (RM32 bilion) dan akaun penyata sebuah bank tempatan mengandungi RM700 juta bagi memperdaya saya.

“Pada 8 Februari 2015, saya mengambil keputusan menyertai kelas pelaburan mata wang selepas membayar sebanyak RM50,000.

“Saya kemudian dipaksa menandatangani borang perjanjian tidak menyalahkan dia sekiranya saya tidak berjaya dalam pelaburan. Selain itu, dia turut memberikan data dan maklumat berkaitan pelaburan berkenaanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia dan pelajar lain menyedari ditipu selepas menyertai hingga sesi akhir kelas tutorial berkenaan.  

Katanya, maklumat berkaitan pelaburan yang diajar diambil dari rangkaian internet sahaja.

Sumber : Harian Metro (30 Mac 2016)
Tulisan : Norizuan Shamsuddin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment