Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Mac 2016



Emas kembali meningkat di bawah AS$1,240 seaun semalam apabila pelabur menjual untuk mendapatkan tunai sebahagian daripada 1.7 peratus keuntungan hari sebelumnya, yang dicetuskan oleh kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen bahawa beliau kekal berhati-hati mengenai kenaikan kadar faedah.

Dalam komen pertamanya sejak Fed memilih untuk mengekalkan kadar faedah dua minggu lalu, Yellen berkata, inflasi belum lagi terbukti bertahan di tengah-tengah risiko global terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS), termasuk harga minyak yang tertekan dan kebimbangan mengenai China.

Jangkaan semakin pudar mengenai kenaikan kadar faedah terus menjejaskan dolar dan menyokong harga emas, yang berada di bawah tekanan tahun lalu ekoran jangkaan bahawa kadar faedah akan meningkat. 

Kadar faedah yang lebih tinggi meningkatkan kos untuk memegang aset seperti emas.

Spot emas berada pada AS$1,237.66 seaun pada 1030 GMT, turun 0.3 peratus, selepas meningkat 1.7 peratus pada Selasa selepas ucapan Yellen.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran April meningkat AS$2.50 seaun pada AS$1,238.30.

Ucapan Yellen hadir selepas rentetan komen agresif daripada pegawai Fed minggu lalu yang mendorong penurunan tiga peratus dalam harga emas.

“Yellen mengejutkan pasaran dengan komen yakin selepas komen lebih agresif daripada ahli FOMC lain minggu lalu,” kata ketua penyelidikan komoditi Saxo Bank, Ole Hansen.

“Gabungan dolar yang lebih lemah, pengurangan jangkaan kenaikan kadar faedah dan kadar hasil bon yang lebih rendah kekal sebagai pemandu positif utama untuk emas.

“Keluar dari suku yang sangat kuat, saya sedikit bimbang bahawa kita mungkin perlu melihat ke arah suku ketiga untuk keuntungan tambahan,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment