Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Celcom Lancar Tiga Portal Baharu



Celcom Axiata Bhd, penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia merintis satu platform komprehensif dan inovatif menerusi tiga portal terbarunya dalam usaha berterusan untuk meningkatkan keperluan serta pengalaman digital pelanggan.

Celcom akan menjadi penyedia mudah alih pertama di negara ini yang menyediakan pusat sehenti saluran digital untuk pelanggan, sekali gus mengukuhkan pertumbuhan syarikat dalam segmen data mudah alih. 

Ketua Jualan dan Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata tiga portal berkenaan terdiri daripada Big Win, emomi365 dan Game Store.

Katanya, ketiga-tiga portal berkenaan dibina atas platform yang mempunyai sistem transaksi boleh dipercayai keselamatannya dan ia adalah sebahagian daripada rancangan Celcom untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya.

“Dalam usaha untuk kekal relevan, kami akan membuat pembaharuan produk dan perkhidmatan kami bagi memenuhi keperluan digital pelanggan yang sentiasa berubah,” katanya pada pelancaran tiga portal berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Permaianan patuh syariah  
Portal baharu itu menyediakan pelbagai kandungan menarik serta berbayar dan pengguna Celcom boleh memanfaatkan sistem pembayaran bersepadu Celcom, dengan mengecas pembayaran ke dalam bil pasca bayar, atau ditolak dari kredit prabayar mereka.

Ia turut menyediakan sistem pendaftaran yang dipercayai, sistem transaksi selamat serta tawaran terbaru dan terkini.

Menerusi Portal Big Win, ia menyediakan pelbagai pertandingan berbentuk dalam talian seperti kuiz trivia dan mencari harta karun dengan menawarkan hadiah menarik.

Kandungan permainan juga berkonsepkan patuh syariah. Sempena pelancaran Big Win, Celcom juga melancarkan pertandingan 'Dig For Gold', yang menawarkan hadiah iaitu jongkong emas bernilai sehingga RM200,000.

Portal emomi365 pula menawarkan servis dan perkhidmatan, untuk meraikan sebarang acara sepanjang tahun. Ia menyediakan pelbagai servis seperti muzik, aplikasi, video dan permainan.

Bagi menambah kemeriahan sambutan, pengguna boleh berkongsi sebarang produk dan kandungan dari emomi365, kepada rakan dan keluarga melalui rangkaian media sosial.

Menerusi Portal Game Store pula menawarkan pelbagai koleksi permainan mudah alih terkini terdiri daripada kasual, aksi, pengembaraan, perlumbaan dan sukan yang dioptimumkan mengikut keserasian peranti mudah alih.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment