Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Emas Belakang Rumah



"Penduduk peroleh RM1,000 seminggu"

Marang - Tidak perlu bersusah payah meredah belantara atau meneroka dasar lautan untuk mencari emas kerana penduduk Kampung Jenang, di sini, hanya perlu menggali tanah di halaman atau belakang rumah mereka bagi memperoleh logam berharga itu.

Boleh dikatakan hampir separuh daripada kampung yang terletak 12 kilometer dari bandar Marang itu mengandungi emas.

Difahamkan, kewujudan emas di kampung berkenaan disedari seorang penduduk ketika menggali lubang tandas apabila mendapati ada kilauan pada tanah yang digali kira-kira 15 tahun lalu.

Sejak itu, ramai penduduk kampung berkenaan turut mencuba nasib mencari emas berdekatan kawasan kediaman masing-masing.

Begitupun, penduduk terbabit tidak menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai mata pencarian utama, sebaliknya hanya melakukan pekerjaan itu pada waktu terluang untuk menambah pendapatan. 

Wartawan Harian Metro berkesempatan menemui satu keluarga di Kampung Jenang yang masih aktif melakukan aktiviti mendulang emas di kawasan belakang rumah mereka.

Suri rumah, Zubaidah Jusoh, 52, berkata, dia mula mendulang emas di belakang rumahnya sejak 10 tahun lalu.

"Mulanya saya dan suami, Yaakub Mamat, 62, hanya mencuba saja mencari emas di kawasan belakang rumah selepas melihat ramai melakukan aktiviti iti di pinggir Sungai Marang yang terletak berhampiran kediaman kami.

"Apabila menemui sendiri (emas), kami amat gembira dan apabila ada kelapangan pasti kami pergi mendulang," kata ibu kepada enam anak berusia 13 hingga 34 tahun itu.

Menurutnya, hampir setiap hari dia dibantu anak mendulang emas, tetapi ia tidak dijadikan sumber pendapatan utama.

"Biasanya saya turun mendulang pada waktu pagi selepas memasak dan pulang ke rumah sebelum Zuhur manakala sebelah petang sekiranya tiada kerja di rumah, saya akan mendulang antara jam 2 hingga 4 petang," katanya.

Ketika ditemui semalam, Zubaidah sempat menunjukkan cara mendulang emas kepada wartawan di kawasan yang digali di belakang rumahnya.

Hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja, beberapa ketulan kecil emas timbul selepas diayak bagi mengasingkan logam itu daripada tanah.

"Emas yang diperoleh dijual kepada peraih di Rusila. Biasanya dapatlah antara RM500 hingga RM1,000 hasil jualan emas setiap minggu.

"Paling banyak kami memperoleh RM2,000 tetapi pernah juga tidak jumpa apa-apa walaupun beberapa hari mendulang.

"Apabila tidak jumpa emas, mulalah datang malas untuk mendulang tetapi kemudian kembali melakukannya kerana gian," katanya.

Yaakub pula berkata, hasil jualan emas dapat menambah perbelanjaan harian mereka sekeluarga. 

"Kalau hendak diharapkan gaji saya di kilang papan saja memang tidak mencukupi. Kami bersyukur kerana tanah kami dikurniakan emas.

"Bagaimanapun, hasilnya bukanlah terlalu banyak, cuma dapatlah kami menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan perbelanjaan dapur," katanya.

Jiran pasangan itu, Abdullah Ab Rahman, 64, berkata, dipercayai hampir separuh kawasan kampung berkenaan mempunyai emas.

"Kalau tiada duit, memang orang kampung ini gali lubang dekat kawasan rumah saya untuk cari emas dan saya sendiri pernah mendulang di sebelah rumah untuk buat belanja anak sekolah. 

"Bagaimanapun, orang kampung tidaklah menjadikan ia pekerjaan utama, sebaliknya mendulang emas hanya sekadar sampingan saja," katanya.

Tulisan : Helmy Abd Rahman



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment