Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Peniaga Internet Sasaran Mudah 'Keldai Akaun'



"Penjawat awam berniaga elak dikesan majikan, LHDN senang ditipu"  

Kuala Lumpur : Kakitangan awam yang melakukan perniagaan sampingan atas talian mudah menjadi mangsa kepada sindiket 'keldai akaun' bank.

Penjawat awam terbabit terpedaya dengan tawaran sindiket terbabit untuk menggunakan akaun bank tertentu kononnya bagi mengelakkan mereka dikesan majikan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Ketua Biro Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi, berkata penjawat awam berkenaan pula hanya berkomunikasi dengan pemilik akaun menerusi media sosial terutama Facebook.

Akaun ejen
Katanya, penjawat awam berkenaan akan berurusan dengan pelanggan seperti biasa tetapi mengarahkan pembayaran dimasukkan ke akaun ejen sindiket tanpa mengesyaki ditipu.

Beliau berkata, berdasarkan 60 aduan berkaitan diterima tahun lalu, penjawat awam itu konon dijanjikan semua wang yang dimasukkan oleh pelanggan akan dikembalikan selepas ditolak komisen satu hingga dua peratus, tetapi ia tidak berlaku.

"Jumlah aduan tidak banyak di PPIM, iaitu 60 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu kerana kebanyakan pengguna membuat aduan terus kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan polis.

"Mungkin isu ini tidak berlaku jika kakitangan awam dibenarkan berniaga sebagaimana tuntutan kos sara hidup kini yang semakin meningkat," katanya kepada BH.

Akhbar BH sebelum ini melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesan 21,074 pemilik akaun bank tempatan bersekongkol dengan menjadi perantara atau keldai akaun pemindahan wang jenayah siber di negara ini.

Dalam pada itu, Mohd Yusuf beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Muda Islam Malaysia berkata, dalam satu kes tahun lalu, seorang ibu tunggal dikenakan hukuman penjara dua bulan kerana membenarkan warga asing menggunakan akaun miliknya.

Katanya, wanita itu dipercayai tidak menyedari bahawa warga asing berkenaan menggunakan akaun beliau untuk pemindahan wang haram ke luar negara.

Sumber : Berita Harian (19 Mac 2016)
Tulisan : Wan Noor Hayati Wan Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment