Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Mac 2016



Harga emas menokok semalam dengan pasaran berada di landasan untuk mengakhiri minggu pada nada yang lebih kukuh.

Ia berikutan dolar AS yang berlegar di paras terendah lima bulan, menerima tekanan oleh rancangan Rizab Persekutuan untuk mengenakan kenaikan kadar faedah yang lebih rendah daripada jangkaan.

Emas semerta menokok sekitar sekitar setengah peratus kepada AS$1,262.84 satu auns pada 0249 GMT, apabila emas AS mencatat perubahan kecil pada AS$1,264.20 satu auns.

Emas semerta menokok 1.2 peratus minggu ini selepas ditutup 0.9 peratus lebih rendah pada minggu sebelumnya.

“Ini adalah imbauan reaksi pasaran kepada kenyataan FOMC,” kata penganalisis di Phillip Futures di Singapura, Daniel Ang.

Beliau berkata, emas mendapat sokongan pada AS$1,260, ia keberatan untuk turun ke bawah paras itu dan ia disebabkan kelemahan nilai dolar AS.

Yen menghampiri paras tertinggi 17 bulan berbanding dolar pada Jumaat, dengan kenyataan Rizab Persekutuan berhubung kadar faedah terus memberi kesan kepada dolar.

Bank pusat AS mengekalkan kadar faedah dan memberi isyarat ia akan mengetatkan dasar tahun ini, tetapi unjuran terbaharu menunjukkan pembuat dasar menjangka kenaikan yang lebih kecil daripada jangkaan pada hujung tahun.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, berkata pegangannya menokok 1.50 peratus kepada 807.09 tan pada Khamis daripada '795.20 tan pada Rabu.

Perak menokok 1.3 peratus ke paras tertinggi sejak Oktober. Pasaran naik hampir empat peratus minggu ini, selepas ditutup rendah minggu lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment