Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : BAT Tututp Kilang Angkara Rokok Seludup



"Syarikat mahu realisasi model perniagaan baharu, lestari"

Petaling Jaya : British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) mengumumkan penutupan kilangnya di sini, berikutan persaingan pasaran serta peningkatan rokok seludup.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini, berkata penutupan operasi kilang itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.

Beliau berkata, susulan pengubahsuaian operasi itu, produk tembakau untuk pasaran domestik akan dibekalkan kilang Kumpulan BAT dari rantau berdekatan.

Katanya, penstrukturan itu selaras usaha syarikat ke arah merealisasikan model perniagaan baharu dan lebih lestari dalam menempuh cabaran peningkatan persaingan pasaran.

“Ia merangkumi kadar cukai eksais yang tinggi, sekali gus menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam permintaan rokuk seludup dan penurunan jumlah jualan produk tembakau dikenakan cukai.

“Situasi sedemikian menyebabkan kos penghasilan bertambah berlipat kali ganda, selain keperluan syarikat melaksanakan pengubahsuaian pasaran berikutan peningkatan cukai rokok sebanyak 110 peratus dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Peningkatan mendadak cukai rokok 
Clini berkata, peningkatan mendadak terhadap cukai rokok itu merangkumi empat fasa, termasuk yang terbaru pada November tahun lalu yang menjangkau kadar 40 peratus.

Katanya, keadaan itu menyumbangkan kepada penyusutan pembelian produk tembakau dikenakan cukai, manakala penjualan rokok seludup menguasai lebih 40 peratus nilai keseluruhan pasaran.

“Syarikat tidak sewenang-wenangnya menutup operasi kilang sebelum mempertimbangkan semua pilihan penyelesaian terlebih dahulu, namun keputusan sebegini tidak dapat dielakkan.

"Kami menghargai sumbangan operator kilang dan kakitangannya, malah tidak dinafikan transformasi model perniagaan ini mencetuskan impak mendalam terhadap organisasi terbabit.

“Namun, keutamaan syarikat tidak berubah dalam melindungi kebajikan seramai 230 kakitangan menerusi pemberian pakej pampasan setimpal dan program peralihan kerjaya,” katanya.

Sumber : Berita Harian (19 Mac 2016)
Tulisan : Luqman Arif Abdul Karim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment