Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Mitos 'Kad Ajaib'



"Pengeluar dakwa mampu jimat penggunaan tenaga elektrik"  

Putrajaya : Dengan hanya meletakkan kad jimat elektrik di bahagian suis utama rumah, ia mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, sekali gus tidak perlu bimbang kerana bil bulanan akan lebih rendah tidak seperti kebiasaan.

Ini kerana sekeping kad berkenaan mengandungi 32 lapisan ion negatif yang membantu memberikan kuasa hebat antara 3,000 hingga 7,000 ion negatif.

Bukan sahaja tenaga elektrik, kad “ajaib' itu boleh digunakan bagi menjimatkan penggunaan petrol dengan meletakkannya pada penutup tangki minyak kenderaan.

Untuk penggunaan lain, kad yang disifatkan serba guna itu boleh menjimatkan penggunaan gas memasak dengan meletakkannya di tong gas sekaligus membolehkannya tahan lebih lama.

Semua itu antara dakwaan pengeluar dan penjual kad jimat elektrik yang banyak dijual secara terbuka menetusi Internet serta media sosial Facebook (FB) dan lnstagram.

Pemerhatian mendapati, wujud pelbagai jenis dan jenama kad yang didakwa mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah, pejabat dan mana-mana premis bangunan.

Malah, pengeluar dan penjual juga mendakwa kad berkenaan dicas dengan tenaga elektrik kuasa tinggi yang menjadikannya anti radiasi.

Turut didakwa kad itu apabila diletakkan di belakang telefon bimbit boleh mengelakkan panas dan sistem tergendala serta membantu bateri tahan lama dan liputan lebih jelas tanpa gangguan.

Pengeluar dan penjual juga mendakwa, kad itu boleh mengawal pembaziran melalui gelombang tenaga yang dicas di dalamnya selain membantu menghasilkan getaran gelombang melalui sistem tenaga terkandung pada produk itu.

Mereka turut mendakwa kad jimat elektrik itu dibangunkan dengan teknologi tinggi dari luar negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman.

Ditambah lagi testimoni kononnya, penggunaan tenaga elektrik di rumah seorang pengguna berjaya dikurangkan kepada 0.6 ampere (Amp) berbanding sebelum penggunaan kad iaitu 1.2 Amp.

Lebih mengarut dan tidak masuk akal, mereka, mendakwa kad mengandungi ion negatif itu baik untuk kesihatan seperti meningkatkan tenaga, menghilangkan migrain, sakit belakang dan artritis serta bau badan 

Kad itu kononnya mengaktitkan molekul air minuman dan bendalir dalam badan, menghapuskan bakteria dengan berkesan selain mengekalkan kesegaran makanan disimpan dalam peti sejuk

Sumber : Harian Metro (19 Mac 2016)
Tulisan : Siti A'isyah Sukaimi


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment