"Pasangan suami isteri kaut untung jutaan ringgit perguna agama tawar skim cepat kaya menerusi akaun Gadis Jumaat"
Kuala Lumpur : Dengan membuka akaun kumpulan tertutup di Facebook atas nama Gadis Jumaat, meletakkan status ayat al-Quran dan hadis serta memberi janji manis, pasangan suami isteri yang kononnya berperwatakan alim dipercayai mengaut untung atas angin lebih RM1 juta.
Laba segera itu diperoleh dengan menawarkan skim cepat kaya bertopengkan pelbagai perniagaan sambil menggunakan agama untuk meyakinkan mangsa.
Pasangan itu didakwa menipu wang 1,241 ahli kumpulan berkenaan yang mula aktif di FB sejak pertengahan 2014.
Wang ahlinya itu kononnya dilaburkan dalam perniagaannya seperti ternakan kambing, kek lapis Sarawak, perniagaan katering dan barangan borong jenama kanak-kanak Hello Kitty.
Penipuan itu didedahkan mangsa yang juga ahli kumpulan Gadis Jumaat kepada Harian Metro selepas lapan bulan giliran mendapat pulangan pelaburan itu tidak kunjung tiba.
Kecewa dan rasa tertipu selepas pelaburan secara kasar puluhan ribu ringgit seorang tidak mendapat pulangan, 17 daripada ahli kumpulan itu bertindak membuat laporan polis di beberapa lokasi selepas kerugian RM200,000.
Menurut suri rumah, Iza, 35, (bukan nama sebenar) dia melabur RM14,790 sejak Disember 2014 hingga April 2015 secara beransur-ansur.
“Saya terpengaruh melabur lebih banyak menerusi perniagaan diasaskan suami isteri ini apabila menerima keuntungan selepas melabur sedikit.
“Apatah lagi melihatkan status di akaun FB pasangan ini, memang penuh dengan kata kata manis, ayat al-Quran dan hadis, jadi saya rasa mereka orang baik-baik.
“Tidak sangka pula dengan perwatakan sebegitu, dengan isteri berpurdah, mereka sanggup menipu wang kami,” katanya.
Pasangan menggelarkan diri sebagai papa dan mama Kitty dipercayai tinggal di Sarawak itu iuga kerap memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan tiada penjelasan terperinci mengenai status wang ahli Gadis Jumaat.
Mangsa kebanyakannya suri rumah juga mendakwa mereka buntu apabila laporan polis dibuat gagal membantu mendapatkan kembali wang mereka kerana pihak polis tidak boleh menahan pasangan itu.
“Saya buat laporan polis mendakwa ditipu, tetapi polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka (polis) menjelaskan ia disebabkan kami pernah mendapat sedikit keuntungan.
“Jadi pihak polis mencadangkan saya melantik peguam mendakwa pasangan ini di mahkamah.
"Bagaimana saya mahu melantik peguam, sudahlah saya ditipu dan kerugian puluhan ribu ringgit, jadi saya tiada wang lagi untuk dibelanjakan dalam urusan pendakwaan di mahkamah," kata seorang lagi mangsa, Zai, 37, (bukan nama sebenar) yang kerugian RM16,030.
Dia yang semakin tertekan itu berkata, transaksi ke akaun atas nama lelaki itu juga dibuatnya secara beransur-ansur sejak September 2014 hingga Mac 2015.
Seperti mangsa lain, Zai pada awalnya juga tertarik dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda daripada perniagaan itu yang kebiasaan akan membuka jualan menerusi “batch sekurang kurangnya tiga kali sehari.
la bermula dengan tawaran paling kecil seperti RM5 dapat keuntungan RM10 dinamakan Selipar Kitty, sehinggalah tawaran tertinggi seperti Grand GJ3, dengan RM5,000 dapat keuntungan RM25,000.
Setiap pembelian batch itu ditentukan berapakah minimum lot yang boleh dibeli ahli dan jumlah ahli yang membeli.
Selain pasangan itu, lapan lagi pengendali kumpulan Gadis Jumaat itu juga akan membantu mengemas kini tarikh pembayaran mengikut giliran menerusi FB.
Lebih licik lagi. giliran terawal dikuasai pengasas pasangan suami isteri itu, pengendali dan saudara terdekat mereka sebelum giliran seterusnya diberikan kepada ahli biasa.
Bagaimanapun, apabila tiba giliran ahli biasa, pembayaran keuntungan itu tidak dibuat dan mula bermasalah pada April 20l5 sehinggalah sekarang.
“Niat hati nak bantu suami, jadi saya berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian seperti ini walaupun kali pertama mencuba selepas diperkenalkan rakan yang ahli keluarganya seorang daripada pengendali akaun kumpulan Gadis Jumaat.
“Apakan daya niat baik saya itu tidak kesampaian selepas pelaburan saya buat menerusi wang simpanan saya selama ini tidak menampakkan hasilnya.
“Senang cerita, saya tertipu dengan perwatakan alim pasangan itu. Paling malang, tiga lagi ahli keluarga saya turut terkena dengan jumlah kerugian kami berempat mencecah RM92,000," kata Yan, 35, (bukan nama sebenar) yang memperkenalkan perniagaan ini kepada ahli keluarganya itu.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Zaza, 31, berkata, dia kerugian RM30,000 apabila mula melabur sejak Ogos 2014 sehingga Mac 2015, menggunakan wang simpanan dan pinjaman peribadi.
“Saya percaya helah pasangan ini selepas menerima pulangan pelaburan semasa mula-mula menyertai kumpulan Gadis Jumaat RM10,000.
"Malangnya perancangan saya menggunakan wang berkenaan bagi memperbesarkan rumah tidak kesampaian apabila pelaburan itu tidak kunjung tiba selepas lama menunggu," katanya yang melabur bersama suaminya.
Zaza berkata, enggan menunggu lebih lama dan merasa diri ditipu, dia membuat laporan polis dengan harapan masalah menimpanya ini dapat diselesaiakan.
Sumber : Harian Metro (04 Mac 2016)
Tulisan : Mazizul Dani
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment