"Pasangan suami isteri serah RM340,000 untuk jadi modal bisnes tertipu"
Kapar : Perperwatakan lembut, pandai berkata-kata dan menggunakan darjah kehormat. ltu 'modal' seorang lelaki menggunakan gelaran 'Datuk' palsu memperdayakan suami isteri untuk menjalankan perniagaan bersama sejak tiga tahun lalu.
Terpedaya dengan helah suspek, pasangan berusia 50-an itu sanggup menyerahkan wang berjumlah RM340,000 secara tunai dan melalui cek sebanyak 10 kali untuk dijadikan modal kepada perniagaan penyediaan makanan di sebuah sekolah.
Bukan itu saja, pasangan itu juga turut menyerahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan pacuan empat roda Hilux masing-masing bernilai RMl70,000 dan RM90,000 kepada suspek yang dikatakan akan digunakan untuk operasi perniagaan.
Namun, helah suspek berusia 49 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis Selasa lalu selepas laporan polis dibuat pasangan itu yang menyedari mereka ditipu suspek.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusotf Mamat berkata, mangsa yang juga guru sekolah rendah di Klang itu bertindak membuat laporan polis kerana curiga dengan tindakan suspek yang sering melarikan diri walaupun wang dan kenderaan digunakan untuk perniagaan sudah diserahkan.
"Hasil risikan, serbuan dijalankan di kediaman suspek di Jalan Rodat, Bandar Bukit Raja Selasa lalu kira-kira jam 9 malam. Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek gagal memberikan sebarang dokumen penganugerahan gelaran Datuk yang sah.
“Siasatan juga mendapati, suspek begitu licik sehingga semua kenalannya mempercayai dia mempunyai gelaran Datuk dan menggunakan gelaran itu sebagai modal untuk melakukan penipuan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.
Mohd Yusoff berkata, suspek berperwatakan lembut itu mempunyai taktik dengan pandai memujuk dan menunjukkan kekayaan dimiliki malah menjadi ahli kelab kereta klasik di Klang.
Katanya, suspek sebelum ini pernah membuka sebuah restoran, melakukan perniagaan andaman dan katering itu dipercayai sudah menipu ramai mangsanya lagi.
Beliau berkata, polis meminta mangsa yang pernah ditipu supaya tampil membuat aduan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlalu mudah mempercayai individu yang bergelar Datuk.
Menurutnya, suspek ditahan reman hingga 4 Mac dan kes disiasat dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sumber : Harian Metro (04 Mac 2016)
Tulisan : Ayusliza Azizan
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment